Saifullah Suratmin
Tentang saya
Saya menulis dan melatih tentang akaun, cukai dan kewangan iaitu bidang yang selalu dianggap rumit, sedangkan perkara ini hanya perlu diterangkan dengan betul.
Selain menerbitkan buku dan mengendalikan latihan, saya menjalankan tiga syarikat dalam bidang perkhidmatan, konsultasi dan pembangunan teknologi. Jadi setiap nasihat di sini datang daripada ilmu, kes study, pengalaman dan pembacaan.
Baca kisah penuh →Jom Follow Saya
Jika tuan puan adalah orang bisnes — tidak kira sama ada tuan puan seorang pemula atau sudah lama buat bisnes, seorang yang bercita-cita hendak buat bisnes, atau sekiranya tuan puan suka cerita bisnes — dengan berbesar hati saya menjemput tuan puan follow saya.
« Ciptaan »
Produk, platform dan buku — hasil daripada masalah yang saya jumpa sendiri dalam bisnes.
Sistem dan alat digital untuk membantu pemilik bisnes menguruskan operasi serta rekod kewangan mereka.
Platform yang menghubungkan majikan dengan pencari kerja — memudahkan bisnes kecil mengambil pekerja.
Sepuluh kekeliruan yang paling sering dibawa pemilik bisnes ke meja akauntan — dijelaskan satu-satu.
« Tulisan terkini »
Ramai orang bisnes mereka tidak perasan perkara ini berlaku dalam bisnes mereka.
Surat daripada LHDN tidak semestinya mimpi ngeri. Yang menjadikannya menakutkan ialah apabila kita sendiri tidak tahu berapa jualan, berapa belanja dan berapa untung bisnes kita. Peniaga kecil sebenarnya bukan takut LHDN. Mereka takut apabila rekod sendiri mula ditanya.
Dalam bisnes, murah tidak semestinya lebih menjimatkan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengurangkan kos sehingga tidak sedar kita sedang membazir masa, menurunkan kualiti kerja dan melepaskan peluang untuk membuat lebih banyak untung.
Bisnes bukan hidup kerana kedai cantik, produk sedap atau followers ramai. Bisnes hidup kerana ada duit tunai. Ini 3 keputusan mudah yang boleh membantu bisnes jaga cashflow, bina kepercayaan pembekal dan bertahan lebih lama.
Nasihat beli emas mungkin betul. Nasihat ambil takaful mungkin betul. Nasihat simpan dalam ASB pun mungkin betul. Tetapi betul tidak semestinya baik untuk keadaan kewangan anda sekarang. Masalahnya, terlalu banyak nasihat kewangan bermula dengan produk yang mahu dijual dan bukan masalah yang perlu diselesaikan. Jadi sebelum ikut apa-apa nasihat kewangan, ada satu soalan yang lebih penting daripada: “Produk ini bagus ke?” Saya terangkan dalam artikel ini.
Apakah definisi KPI - Key Performace Index bagi syarikat atau bisnes kecil. Lebih penting penetapan KPI adalah berdasarkan sesuatu yang boleh dikawal. Ramai buat silap dengan meletakkan KPI itu sebagai hasil.