Mindset & Strategi · Oktober 2026 ← Arkib

AKU BANYAK DUIT, BUAT APA NAK PERGI BUAT LOAN?

HUTANG BUKAN UNTUK ORANG YANG TIDAK ADA DUIT

Apabila orang yang tidak ada duit buat hutang, selalunya yang terjadi ialah situasi gali lubang tutup lubang. Maksud situasi gali lubang tutup lubang ialah buat hutang baru, untuk tanggung hutang lama. Sehingga mereka rasa diri mereka sudah terjerat dalam situasi mereka tidak boleh kalau tidak buat hutang baru. Ini adalah kesan apabila hutang tidak dirancang.

Orang yang tidak ada duit selalunya buat kesilapan membuat hutang tanpa merancang duit yang hendak dipinjam atau hutang yang hendak dibuat atas tujuan apa.

Semasa kita tidak ada duit, langkah yang paling rasional ialah bagaimana untuk buat duit, bukan bagaimana untuk buat hutang. Berhutang disaat kita tidak ada duit bukan sahaja mengundang masalah, ia juga menyebabkan kita lebih stress apatah lagi hutang itu adalah hutang dengan saudara, kawan atau keluarga.

Disaat kita tidak ada duit, fikirkan bagaimana nak buat duit dulu.

Banyak cara, antaranya masa tidak ada duit kita terus cari peluang dropship, cari peluang jadi salesman, cari peluang buat duit segera dengan cara yang betul. Apabila dalam keadaan tidak ada duit, kita selesaikan dahulu keadaan tidak ada duit itu sahaja jangan ditambah lagi masalah yang sedia ada.

Sewaktu dalam keadaan tidak ada duit kita jangan fikir untuk buat produk atau buat servis. Kita jadi jurujual kepada produk atau servis. Duitnya lebih cepat berbanding kita nak buat produk atau nak buat servis. Skill menjual pula adalah skill yang tinggi nilainya. Orang juga sanggup untuk mengambil kita untuk menjual tanpa perlu diberi gaji. Lepas jual terus dapat duit

Hubungi saya →