« Tentang saya »

Saya jelaskan angka supaya orang bisnes boleh buat keputusan dengan yakin. Bukan teragak-agak.

Saifullah Suratmin — usahawan, penulis buku, dan jurulatih akaun, cukai serta kewangan.

Potret utama — latar gelap

Bidang ini tidak rumit, hanya jarang diterangkan dengan betul.

Saya mula menulis kerana soalan yang sama berulang setiap kali saya berjumpa pemilik bisnes. Untung ke mana? Kenapa bank tolak permohonan pinjaman? Perbelanjaan mana yang boleh ditolak cukai? Semuanya soalan asas — tetapi jawapannya selalu diberi dalam bahasa yang orang bisnes tidak faham.

Jadi saya ambil pendekatan yang berbeza: terangkan dahulu, kemudian barulah cakap tentang khidmat. Sampai hari ini itulah cara saya bekerja — melalui tulisan, video, kelas latihan dan buku.

Saya juga menjalankan tiga syarikat sendiri. Jadi setiap nasihat di laman ini datang daripada meja yang sama yang saya duduki setiap hari — bukan daripada teori.

Sepintas lalu

300+

Artikel telah ditulis

1000+

Usahawan mendapat latihan

500+

Kandungan video terbit

15

Tahun dalam bidang

« Apa yang saya buat »

Tiga syarikat, satu tujuan

Gambar — Akaun & cukai

Outsource Accounting

Kami kendalikan urusan perakaunan sepenuhnya

Menguruskan rekod, penyata dan hal cukai untuk pemilik bisnes yang mahu angkanya betul dan tepat pada masa.

Gambar — Kelas & diagnosis bisnes

ABS URUS SDN. BHD.

Kami bantu semak dan beri panduan, Tuan puan buat 100%

Latihan untuk pasukan dalaman dan kumpulan usahawan, serta sesi diagnosis untuk bisnes yang sedang tersekat.

Gambar — Website & aplikasi

Uruslah!

Latihan dan Konsultasi

Latihan untuk pasukan dalaman dan kumpulan usahawan, serta sesi diagnosis untuk bisnes yang sedang tersekat.

Gambar sesi latihan / bercakap di pentas

« Apa yang saya percaya »

Empat pegangan kerja

Terangkan, jangan pujuk.

Orang yang faham akan buat keputusan sendiri. Itu lebih baik daripada dipaksa.

Angka dahulu, perasaan kemudian.

Keputusan bisnes yang baik bermula dari rekod yang betul, bukan dari semangat.

Kecil pun perlu sistem.

Bisnes mikro bukan alasan untuk tiada rekod. Sistem yang ringkas sudah cukup untuk mula.

Rancang, Buat, Analisa, Ulang.

Wajib rancang, wajib buat, wajib analisis. Ulang.

Nak saya semak angka bisnes tuan puan?

Hantar mesej, ceritakan keadaan bisnes tuan puan sekarang, dan kita mulakan dari situ.

Hubungi saya