Jenama & Marketing · September 2026 ← Arkib

Kenapa Pelanggan Sanggup Bayar Mahal?

Servis yang sama tetapi kenapa pelanggan sanggup bayar lebih mahal?

Baru-baru ini semasa team saya sedang keyin invoice client saya tertarik melihat dua invoice ini. Untuk perkhidmatan yang sama, pada kuantiti yang sama dan spesifikasi kerja yang sama namun client saya bayar dan tukar kepada penyedia servis yang lebih mahal berbanding sebelumnya.

Setelah akaun disiapkan menjadi tugas saya menganalisa perbelanjaan untuk dibawa ke sesi review bersama client.

Selalunya saya akan nampak perubahan pilihan dari mahal ke murah. Tetapi kali ini berbeza. Servis ditukar dari murah ke mahal.

Ini menyebabkan saya berfikir.

Pasaran bukan mahukan harga murah.

Pasaran tidak semestinya utamakan harga.

Lalu pasaran mahu apa?

Jadi saya kaji dua penyedia servis ini.

Lalu ini hasil dapatan saya:

1. Penyedia servis murah terpaksa kompromi low skill worker untuk kompromi harga yang murah.

2. Penyedia servis murah tidak tepati janji mereka.

3. Penyedia servis murah sering ada client yang ramai menyebabkan client tidak dapat akses sepatutnya.

4. Penyedia servis mahal tahu value mereka, mereka tidak perlu bersaing dalam lautan merah. Jadi mereka fokus deliver value yang ditawarkan.

5. Penyedia servis mahal tidak mempunyai pelanggan yang ramai, servis mereka mahal jadi akses kekal premium.

Salahkah jadi penyedia servis murah?

Tak salah sebab value yang ditawarkan wajar. Bayar RM500, tentulah servis yang ditawarkan tidak seperti penyedia servis yang dibayar RM5000.

Contoh bilik hotel.

Kalau hotel bawah RM100, kita tak expect untuk ada kemudahan yang mewah kan? Sudah boleh jangkan pekerjanya itu mungkin seorang dua. TV mungkin tak ada. Lampu bilik cuma satu sahaja. Tidak ada tandas yang luas.

Jika hotel yang berharga RM1000 pula, kita sudah jangka ada hidangan sarapan yang lazat. Ada bilik yang luas. Bilik yang wangi. Ada pekerja yang angkat beg. Ada ruang bilik mandi yang selesa. Katil dan tilam yang besar dan selesa.

Sekarang persoalan paling penting.

Siapa yang bina expectation?

Jawapannya marketing.

Marketing yang bina expectation pelanggan.

Itu lanjutan cerita kita nanti.

Hubungi saya →