Tidak boleh ada budak besar dalam bisnes
Ini perkara yang owner bisnes bisnes sangka ianya suatu kelebihan tetapi budak besar ialah satu ‘time bomb’. Apa budak besar? Budak besar bermaksud individu atau pekerja yang mempunyai pengaruh atau contribution yang terlalu besar dalam bisnes atau jenama.
Contoh begini:
Azmi ialah pekerja di showroom kereta jenama Proton. Jadi Azmi tahu zaman sekarang ialah zaman konten dan untuk memenangi hati pelanggan Azmi banyak buat konten informasi, hiburan dan jenaka.
3 tahun Azmi bekerja sekarang Azmi sudah popular dan mengalahkan hampir semua pekerja di tempat lain. Banyak sumber bisnes digunakan untuk menaikkan Azmi.
Tiba-tiba Azmi buat keputusan sudah tak mahu hanya melekat dengan Proton sahaja.
Dalam situasi begini sebagai bisnes owner nak buat apa?
Perkara pertama rujuk semula kontrak.
Jika dalam kontrak dinyatakan bahawa segala yang dibina oleh Azmi itu termasuk akaun media sosial, konten dan segala bentuk kreatif tidak dinyatakan dengan jelas milik siapa maka bisnes atau syarikat tidak ada hak untuk menuntut.
Jadi lesson pertama, pemilik bisnes dan Azmi wajar untuk menilai kontrak antara mereka dan kontrak boleh diubah dari masa ke masa.
Contohnya ya pemilik bisnes mungkin tak tahu tentang potensi Azmi masa awal-awal dulu. Jadi tidak ada kontrak sebut tentang perkara ini.
Kemudian Azmi jadi popular.
Pemilik bisnes boleh tawarkan kontrak baharu kepada Azmi dan sekiranya dua-dua pihak bersetuju mereka boleh terus bekerjasama. Tetapi jika Azmi tidak setuju akaun tersebut jadi milik siapa?
Jawapannya masih milik Azmi. Pemilik bisnes tidak ada hak.
Lesson kedua sebagai pekerja zaman sekarang belajar sedikit tentang contract law. Bila kita boleh counter offer? Bila kita boleh terima offer? Apa itu imbalance contract? Terma mana yang terpakai apabila ada counter dan acceptance?
Ramai lawyer yang bercakap tentang ini.
Bayangkan apabila bisnes ada budak besar semua bisnes terletak dengan budak besar ini. Sebab itu dari awal lagi mesti letak macam ini:
“No one is bigger than the company.”
Makna kata kalau kita nak develop bakat pastikan kita tahu apa yang dibangunkan itu ialah milik syarikat atau bisnes. Sebab itu kontrak pekerja bukan sesuatu yang boleh main ambil dalam template sahaja atau minta AI buatkan.
Dari sudut kos, membangunkan bakat menelan kos yang sangat besar. Orang yang dulunya bukan sesiapa dan syarikat sudah keluarkan beribu ringgit untuk develop tiba-tiba tidak bersama lagi.
Walaupun kita nak sedapkan hati dengan cakap “alaaa rezeki bukan di tangan orang itu.” Tapi hakikatnya masih pedih lagi.
Jadi ingat.
1. Kontrak pekerja.
2. Tahu value yang sedang dibangunkan.
Hubungi saya →