Duit Yang Tidak Dinampak
Ramai orang bisnes mereka tidak perasan perkara ini berlaku dalam bisnes mereka.
Definisi “duit tak nampak” yang salah
1. Ada sebilangan orang bisnes yang rasa kecewa apabila dia tidak nampak duit tunai atau duit dalam bank yang banyak selepas beberapa tahun buat bisnes.
2. Dengan kepelbagaian faktor dalam bisnes sudah tentu hasil tidak sama. Ada orang dia buat bisnes setahun atau dua tahun sudah ada nampak duit ratus ribu malahan juta dalam akaun bank.
3. Ada 3 faktor mendorong kepada kejayaan segera ini yang kita perlu faham iaitu:
i. Modal yang besar
Tak semua orang dilahirkan dengan kelebihan seperti ada keluarga yang boleh berikan modal awal yang besar.
Boleh jadi juga ada individu yang mempunyai social connection yang kuat dan kredibiliti yang tinggi sehingga mampu menarik kepercayaan orang untuk melabur (ini skill mahal yang kita mesti belajar).
ii. Idea yang bagus pada masa yang tepat dan pelaksanaan yang baik
Ini antara faktor yang mendorong kepada kejayaan segera dalam bisnes. Idea yang bagus tetapi pada masa yang salah boleh menyebabkan bisnes itu gagal. Sama juga, idea yang bagus tetapi pelaksanaan yang teruk juga menyebabkan bisnes itu boleh gagal.
iii. Kekuatan social connection
Faktor ini boleh dikatakan pendorong terpenting mengapa sesetengah bisnes boleh nampak duit banyak dalam masa yang cepat.
4. Apabila kita bermula dengan modal yang kecil seperti bawah 10 ribu. Tidak munasabah kita nak sasarkan ada duit simpanan sejuta dalam setahun. Walaupun bisnes ini logiknya lain, tapi kita mesti faham bahawa duit yang kita dapat akan dipusing-pusing menjadi modal.
5. Untuk jangka masa 5 tahun ke 10 tahun mungkin kita mula nampak bibit simpanan itu mulai ada. Tetapi kita harus realistik. Simon Sinek ada menyebut perkara ini yang dipanggil infinite mindset. Kita tak bertanding dengan sesiapa, dan dalam bisnes tidak ada pemenang.
6. Dalam bisnes tidak ada istilah siapa ada sejuta dalam simpanan bank atau cash reserve dia sudah berjaya dalam bisnes. Jadi jangan terlalu menghukum diri, ada bisnes ambil masa untuk matang. Ada idea ambil masa untuk diterima oleh masyarakat.
7. Simon Sinek menyebut dalam sebuah wawancara, kita mesti ada visi dan matlamat. Mesti ada sasaran jualan tetapi kita tak boleh abaikan faktor bahawa setengah perkara perlukan masa.
Hubungi saya →