Mindset & Strategi · September 2026 ← Arkib

Apa Itu Finance Untuk Bisnes

Finance itu apa?

Saya nak kongsi tentang istilah yang ramai orang salah faham iaitu finance atau kewangan. Adakah istilah finance ini semudah finance ni cerita pasal masa depan, accounting ini cerita pasal history, pasal sejarah. Accounting bukan pasal sejarah, lebih daripada itu.

Jadi apa pula finance ni?

Apa yang dimaksudkan mengurus finance?

Mengurus finance ini bermaksud mengurus kewangan syarikat supaya syarikat atau bisnes boleh survive dan jadi lebih kaya. Lebih luas lagi perancangan kewangan ini juga merujuk tentang strategi pelaburan dan kewangan syarikat.

Contohnya begini:

Kita ada sebuah kereta 4x4 yang digunakan oleh syarikat untuk tujuan urusan lawatan tapak. Kereta itu sudah berusia 10 tahun. Finance akan menerima cadangan untuk membeli kereta baru.

Data dari akaun akan dikumpul dan dianalisa oleh finance tentang kenderaan lama. Data apa nak tengok?

1. Kos selenggara

2. Kos pembaikan

3. Untung atau rugi pelupusan aset

Kemudian finance akan nilai dan buat perbandingan apakah keputusan yang wajar dibuat. Nak beli baru atau nak kekalkan yang lama? Jika kekalkan yang lama lagi berapa tahun nak kekal?

Begitu juga bila nak beli:

1. Nak beli yang mana?

2. Nak beli guna bank mana?

3. Nak pilih variable rate atau fixed rate?

4. Nak beli tunai atau nak beli loan?

Bukan itu sahaja penilaian finance juga akan cerita tentang ada tak pilihan selain beli? Boleh tak kalau kita sewa? Kalau sewa apa risiko dan liabiliti syarikat?

Itu baru satu sahaja bahagian cerita finance.

Ada banyak lagi cerita finance.

Nanti saya sambung.

Hubungi saya →