Mindset & Strategi · Ogos 2026 ← Arkib

Ya Ekonomi Sedang Sakit. Jadi?

Dalam artikel kali ini saya mahu berkongsi pandangan sebagai seorang yang telah berada disamping ratusan pemilik, founder dan CEO bisnes dan syarikat tentang "ekonomi yang sakit" dan apakah kesilapan mereka ketika bisnes (ekonomi) sedang bagus. Sebelum itu baca dahulu dua kes study ini:

Kes pertama yang saya mahu kongsi ialah tentang bisnes produk kosmetik. Dalam ekonomi yang sedang sakit, bagaimana mungkin ada orang yang mampu jual produk harga bawah RM100, mampu buat jualan sehingga RM1 juta sebulan?

Kes kedua ialah kedai makan yang kebanyakan dalam fasa sakit kerana bahan mentah yang mahal. Tetapi ada kedai makan yang boleh sahaja kekal momentum RM8000 sehari. Tak masuk akal dalam ekonomi sakit boleh buat sales sebanyak itu.

Pertama, kalau tanya keadaan ekonomi kepada orang ekonomi, memang mereka akan ceritakan realiti yang menyeramkan kerana mereka bercakap tentang ekonomi dari sudut pandang makro dan mikro ekonomi.

Kedua, lita bisnes kecil, kita perlu tahu tentang ekonomi, tetapi bukanlah sampai krisis matawang kita nak ambil tahu sampaikan kita jadi takut. Apakah 3 perkara kita wajib tahu pasal ekonomi:

1. Berapakah kadar OPR (Interest rates) sekarang?

- Ini tentang pinjaman bank, Fixed deposit dan juga pelaburan.

2. Berapakah kadar inflasi sekarang?

- Ini supaya kita boleh ambil keputusan tentang pelaburan.

3. Ke mana bajet negara disasarkan?

- Ini supaya kita tidak terlepas ke mana arah tuju pelaburan negara. Insentif kerajaan dan juga percukaian.

Tanyalah otai bisnes yang sudah berhadapan dengan krisis kewangan asia 1997, krisis ekonomi 2008 dan terbaru Covid-19. Mereka semua akan cakap satu perkara yang sama:

"ini juga akan berlalu".

Bagaimana kita beradaptasi dengan krisis ekonomi itu lebih penting. Duit memang sentiasa beredar dalam pasaran. Persoalannya ialah bagaimana duit itu masuk dalam akaun kita.

Dulu orang cakap covid-19 itu teruk. Namun ramai juga orang yang cakap covid-19 inilah rahmat kepada sebahagian besar bisnes. Sebab itulah ramai ahli ekonomi berpandangan bahawa covid-19 ialah "global reset".

Ini adalah 5 kesilapan orang bisnes ketika bisnes (ekonomi) sedang bagus:

1. Berhenti buat marketing

2. Berhenti ambil orang pandai

3. Membuat pelaburan yang tidak nilai

4. Melabur kepada skim cepat kaya

5. Tidak menambah baik sistem

5 perkara ini, semasa bisnes sedang bagus, ekonomi baik, mereka abaikan. Mereka ingat selamanya angin itu memihak kepada layar mereka. Mereka lupa angin itu boleh berubah arah sehingga mengakibatkan ribut dan akibatnya banyak kapal turut karam.

Sebagai kesimpulan, ekonomi memang macam itu. Ekonomi memang sakit, itu kita fikir sebab bisnes kita sakit. Kita tidak akan cakap macam itu jika bisnes kita bagus, walaupun ekonomi sebenarnya sakit.

Kedua-dua kes yang saya kongsikan pada awal artikel ini, kedua-dua mereka cakap ekonomi sangat bagus SEKARANG. Padahal hakikatnya ekonomi bukanlah pada prestasi yang bagus. Tetapi kerana "wind in their favor" atau kelebihan berpihak kepada mereka jadi mereka pun anggap bahawa ekonomi baik sahaja.

Ekonomi memang sakit. Jadi?

Hubungi saya