Tujuan Orang Bisnes Mesti Mencarum KWSP
KWSP bukan hanya untuk pekerja bergaji. Ini sebabnya pemilik bisnes patut mencarum untuk diri sendiri.
Ketika usia masih muda, ada tenaga dan ada upaya. Jadi semasa muda tidak nampak ada keperluan carum KWSP untuk diri sendiri. Cuba tanya diri sendiri: 10–20 tahun lagi masih mampukah ada upaya yang sama seperti hari ini? Bangun jam 5 pagi pergi pasar beli barang, buka gerai, angkat barang berat, buat live.
Bayangkan apabila usia sudah meningkat, sudah kurang tenaga dan upaya untuk buat kerja yang kita buat sekarang. Sebab itulah mesti carum KWSP.
Dua kaedah
1. Carum sebagai majikan. Pemilik akan dapat dua caruman iaitu caruman yang ditolak gaji (sebagai pekerja) dan caruman majikan.
2. Carum secara sukarela. Pemilik yang tentukan berapa caruman yang mahu ditetapkan.
Kaedah pertama kelebihannya jumlahnya memang banyak sebab carum dari dua pihak; kelemahannya bisnes terpaksa bayar jumlah yang banyak. Kaedah kedua kelebihannya ada pilihan nak bayar atau tidak; kelemahannya jumlah itu bergantung pada disiplin dan kesanggupan.
Nanti jika sudah tidak berupaya, walaupun tidaklah banyak, sekurang-kurangnya ada duit untuk bersara. Orang bisnes mesti rancang persaraan mereka — dan merancangnya mula dari sekarang, bukan nanti sudah berusia baru nak rancang.
Hubungi saya →