Tips bagaimana membuat quotation menjadi mahal
Quotation yang mahal bukan soal menaikkan harga, tetapi soal cara nilai disusun dan dijelaskan.
Tips Bagaimana Membuat Sebut Harga Nampak Lebih Bernilai
Apabila ada orang yang berminat mahu mendapatkan servis atau barang, bisnes itu mestilah mampu membuat sebut harga yang bernilai dan membuatkan bakal pelanggan rasa berbaloi sungguh.
Rasa rugi sungguh kalau tidak ambil barang atau servis!
Bayangkan jika hantar sebut harga kepada pelanggan seperti ini:
Ini adalah untuk bisnes servis aircond -
1. Kerja memeriksa aircond 1.0 hp XYZ
2. Kerja membersihkan indoor unit
3. Kerja membersihkan outdoor unit
4. Kerja menukar filter indoor unit
5. Kerja menambah gas R34
6. Bateri remote AA
7. Pemeriksaan kebocoran paip gas
8. Pemeriksaan wiring aircond
Jika hantar sebut harga seperti ini:
1. Servis aircond 1.0 hp XYZ
Nampak murah, walaupun harga yang diletakkan sama tetapi nilai dimata pelanggan itu naik. Sebenarnya, semua kerja-kerja itu memang dibuat cuma tidak disenaraikan. Jadi pelanggan rasa apa yang dibuat cuma servis aircond sahaja. Kalau ada dua sebut harga, dengan harga yang sama atau harga itu lagi mahal dia akan pilih sebut harga yang lebih terperinci kerana nilai.
Ini 3 point penting supaya boleh jadikan sebut harga itu mahal dan bernilai.
1. Senaraikan Kerja Yang Dibuat Dengan Lengkap
Pastikan semua kerja yang dibuat disenaraikan dalam sebut harga. Jika ada melibatkan barang, senaraikan juga barang yang terlibat. Jika ada kerja-kerja yang mungkin akan dibuat, senaraikan juga.
1. Senaraikan Langkah-Langkah Untuk Melaksanakan Kerja
Mulakan senarai sebut harga itu dengan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dahulu sehingga kepada kerja-kerja yang dilaksanakan pada peringkat akhir. Contohnya servis aircond. Mula dari periksa hinggalah membersihkan kawasan kerja. Senaraikan semua kerja-kerja itu.
1. Senaraikan Kelengkapan Kerja Yang Digunakan Untuk Melaksanakan Kerja
Untuk memastikan kerja yang dibuat itu mampu disiapkan, senaraikan juga peralatan atau jentera dan mesin yang digunakan untuk menyiapkan kerja tersebut. Sertakan spesifikasi peralatan dan mesin itu seperti tahun dan jenis.
Hubungi saya →