Tiga Musuh Orang Baru Mula Bisnes
Tiga musuh terbesar orang baru mula bisnes datang dari dalam, bukan dari pesaing.
Berikut ialah 3 musuh orang yang baru mula buat bisnes:
Musuh yang pertama ialah sangkaan.
Bagi seseorang yang belum pernah buat bisnes mereka penuh dengan pelbagai sangkaan. Sangkaan bahawa bisnes ini kerja yang senang, bisnes ini boleh ikut suka hati dan bisnes ini senang buat duit.
Berikut adalah senarai sangkaan tentang orang bisnes ini adalah orang yang:
1. Bergaya
2. Banyak duit
3. Banyak masa
Jadi majoriti fokus orang yang baru mula bisnes tertumpu kepada mahu kelihatan bergaya, mahu kelihatan banyak duit dan mahu dilihat orang yang senang dengan banyak masa. Apa yang orang baru mula bisnes buat? Baru berapa bulan buat bisnes sudah ‘self-reward’, pergi beli kereta. Pergi ke butik-butik mahal di Bukit Bintang dan makan di tempat-tempat mahal. Ini kerana sangkaan mereka orang bisnes ini seperti itu.
Musuh yang kedua ialah masa.
Orang bisnes sebenarnya tidak banyak masa. Saya bagi contoh gaji pekerja. Sekiranya gaji pekerja itu dibayar pada 1 pada setiap bulan, tarikh pembayaran gaji seterusnya ialah dalam masa 29 hari. Jika dikira tempoh bekerja sebulan, ianya lebih kurang 20 hari sahaja dan jika ambil tempoh jam itu hanya lebih kurang 7 hari sahaja! Hanya ada masa 7 hari untuk membayar gaji seterusnya.
Contoh kedua, apabila orang bisnes ambil pinjaman untuk mulakan bisnesnya, 3 bulan pertama sudah habis digunakan untuk merancang dan ada juga yang berfoya-foya dengan duit pinjaman semasa baru dapat duit. Kurang sebulan dari terima duit pinjaman, ansurannya sudah perlu dibayar. Jadi masa memang musuh orang yang baru mula buat bisnes.
Musuh yang ketiga ialah kepakaran.
Kepakaran orang yang buat bisnes banyak bergantung kepada minatnya. Kalau dia minat kereta dia buka bengkel kereta atau jual kereta. Kalau dia suka tudung atau fesyen dia buka butih pakaian. Kalau dia suka kecantikan, dia buka bisnes spa atau butik kecantikan. Jadi oleh sebab itu mereka tidak mempunyai kepakaran dalam strategi dan ilmu bisnesnya. Hanya kerana mereka minat jadi mereka buat bisnes itu.
Orang yang baru mula bisnes ramai bergantung kepada pengalaman dan pemerhatian sendiri. Mereka juga bergantung kepada logik sahaja. Contoh logik yang mereka pakai, kalau ada jualan bermaksud ada untung. Bila ada untung maksudnya ada duit. Tapi mengapa apabila sudah ada jualan dan ada untung atas kertas, tetapi duitnya tidak ada.
Hubungi saya →