Cukai · Januari 2024 ← Arkib

Tidak Wujud Istilah Perbezaan Cukai Bisnes Dan Cukai Peribadi

Tiada garis pemisah antara cukai bisnes dan cukai peribadi untuk pemilik enterprise. Ini akibatnya.

Untuk seorang individu jika dia menjalankan bisnes atau dia bekerja makan gaji, atau jika dia menjalankan kedua-duanya sekali cukai itu sama sahaja iaitu borang cukai individu. Tidak wujud perbezaan cukai yang menjalankan bisnes secara enterprise.

Pendapatan itu tetap dikira sebagai pendapatan peribadi bezanya cumalah sumber atau punca pendapatan itu sahaja. Untuk peribadi, borang cukai ada dua jenis borang iaitu borang individu yang tidak menjalankan perniagaan atau borang individu yang menjalankan perniagaan.

Antara dua borang itu, setiap tahun perlu isi satu sahaja. Kalau buat bisnes isi borang B, kalau tidak buat bisnes isi borang BE. Berikut adalah 3 perkara yang mesti ada sebelum mengisi borang B, borang cukai untuk orang bisnes:

1. Penyata Kewangan Untuk Tahun Kewangan Yang Mahu Dilaporkan

Perkara pertama mesti ada penyata kewangan untuk tahun yang mahu dilaporkan. Ini bermaksud jika mahu melaporkan untuk tahun 2022 yang dilaporkan pada tahun 2023, mesti ada penyata kewangan untuk tahun 2022. Sebelum penyata kewangan ini wujud, pastikan lejar lengkap. Jangan buat akaun ‘nombor terbang’. Maksud nombor terbang ialah akaun itu tidak mempunyai lejar.

1. Pengiraan Cukai Dan Pendapatan Untuk Tahun Yang Dilaporkan

Pengiraan cukai dan pendapatan bermaksud semua senarai pendapatan dan perbelanjaan yang tidak dibenarkan akan dikira masuk dalam pengiraan cukai itu. Dalam pengiraan cukai juga akan dikira elaun modal untuk semua aset yang telah dibeli pada tahun tersebut dan tahun-tahun sebelum.

1. Senarai Pendapatan Lain-Lain Yang Dimiliki Pemilik Bisnes

Pendapatan seperti elaun yang diterima, sewaan seperti sewaan rumah, kereta atau apa sahaja pendapatan sewaan dan komisen mesti dimasukkan dalam senarai pendapatan. Senarai pendapatan ini perlu disediakan sebelum membuat borang B.

Hubungi saya