Tetapkan Aktiviti Marketing Dahulu Baru Tetapkan Bajet
Tetapkan aktiviti marketing dahulu, kemudian barulah bajet. Bukan sebaliknya.
Tetapkan Aktiviti Marketing Dahulu Baru Tetapkan Bajet
Apabila mahu menetapkan jumlah perbelanjaan yang mahu dibelanjakan untuk marketing, tetapkan dahulu aktiviti yang mahu dibuat untuk marketing itu. Jika duitnya ditetapkan dahulu kesannya ialah orang bisnes akan menetapkan aktiviti mengikut bajetnya. Kebanyakkan aktiviti itu pula banyak membazir dan sukar untuk disemak.
Kaedah yang sering digunakan ialah ambil peratus dari sasaran jualan. Contohnya 10% dari sasaran jualan. Jika sasaran jualan sebulan RM100000 jadi bajet marketing ialah RM10000. Aktiviti itu pula disusun mengikut bajet RM10,000 (selalunya lebih). Isunya ialah, aktivitinya tidak diketahui nak buat apa, apa objektif aktiviti itu dan bagaimana aktiviti itu dilaksanakan.
Ini ialah langkah-langkah untuk menetapkan bajet marketing:
1. Tetapkan Aktiviti Yang Mahu Dibuat Untuk Marketing
Senaraikan aktiviti yang mahu dibuat seperti buat iklan di Facebook, Tiktok dan Google. Senaraikan iklan yang mahu dibuat untuk bulan-bulan itu. Contohnya bulan Januari mahu buat 4 iklan. Untuk 3 iklan yang dirancang mahu gunakan gambar dan ada 1 iklan perlu gunakan video. Jadi aktivitinya ialah sediakan gambar dan video. Aktiviti ini juga contohnya nak buat rumah terbuka hari raya. Jadi aktivitinya dirancang dahulu baru ditetapkan duitnya.
1. Senaraikan Kos Yang Terlibat Untuk Aktiviti Yang Dirancang
Untuk setiap aktiviti yang dirancang, senaraikan kos yang perlu dibelanjakan untuk aktiviti tersebut. Jika kos itu melibatkan iklan, senaraikan berapa kos yang mahu dikeluarkan untuk iklan itu. Contohnya kos iklan itu ialah RM1000 sebulan. Tetapkan sahaja bajetnya berapa berdasarkan aktiviti. Untuk kos yang melibatkan pembelian barang atau mengambil perkhidmatan, pastikan minta sebut harga atau quotation.
1. Pilih Aktiviti Yang Mahu Dibuat
Daripada senarai aktiviti yang sudah dirancang, pilih aktiviti yang mahu dibuat. Semasa proses menyenaraikan aktiviti pastikan aktiviti ini dirancang oleh orang yang akan melaksanakan bukan dari pihak atasan. Galakkan orang pelaksana untuk memberi idea tentang aktiviti yang mahu dibuat. Semasa menyenaraikan aktiviti tidak perlu pilih dahulu aktiviti yang mahu dibuat. Sewaktu buat senarai, senaraikan sahaja. Sewaktu buat pilihan aktiviti, pilih sahaja jangan tambah lagi.
Paling penting semasa buat bajet untuk marketing, objektifnya adalah supaya belanja ini produktif. Buat bajet marketing bukan untuk berjimat. Marketing memang proses bakar duit, itu normal.
Hubungi saya →