Mindset & Strategi · Ogos 2026 ← Arkib

Tersungkur Apabila Besarkan Bisnes

Ramai peniaga tersilap fokus semasa bisnes mula berkembang. Mereka sibuk belajar marketing dan tambah sales, sedangkan yang lebih mendesak ialah ilmu urus orang, urus duit dan undang-undang. Ilmu yang betul, tetapi pada masa yang salah — inilah punca ramai terciduk.

Ramai Terciduk Apabila Mahu Kembangkan Bisnes

Semasa baru buat bisnes, kita memang sibuk urus bisnesnya. Apa maksud sibuk urus bisnesnya?

Ada 3 sibuk semasa awal bisnes.

Sibuk urus jualan terutama layan pelanggan.

Sibuk urus produk atau servis.

Sibuk urus marketing terutama iklan.

Semua yang kita sibuk itu, semua tentang perkara yang mendatangkan jualan. Dalam erti kata lain, perkara yang mendatangkan hasil.

Saban hari sekarang kita sibuk pula menguruskan hasil-hasil itu. Dulu kalau kita buat servis bengkel kereta, kita seorang boleh buat 5 kereta.

Kemudian bertambah, jadi kita makin sibuk urus sehingga 10 kereta.

Di sinilah mula masalah untuk bisnes.

10 kereta bermakna perlu:

Ada mekanik tambahan.

Ada orang yang buat bil dan uruskan bayaran.

Ada orang bermakna perlu pengurusan orang.

Dengan pertambahannya semua perkara di atas, maka bertambahlah apa yang kita panggil sebagai kos tetap.

Dulu duit bisnes kita hanya pergi kepada alat ganti kereta, minyak, sewa dan gaji kita sendiri.

Sekarang perlu tambah kos tetap pula.

Apabila bertambahnya orang maka kita perlu belajar pula:

1. Ilmu pengurusan orang.

2. Ilmu pengurusan duit.

3. Ilmu berunding.

4. Ilmu menggunakan duit bank.

5. Ilmu berkait undang-undang.

Namun ramai orang bisnes semasa kereta-kereta dalam bengkel semakin banyak, mereka pergi belajar ilmu marketing dan ilmu menambah sales.

Inilah punca masalah ramai orang bisnes terciduk.

Ilmu yang betul! Namun, pada situasi dan masa yang salah.

Apa keutamaan kita semasa bisnes itu mula berkembang?

1. Cara urus orang.

Kita belajar cara untuk rekrut orang.

Kita belajar cara untuk mengajar orang bawahan.

Kita belajar undang-undang berkaitan pekerja.

Kita belajar cara pekerja lama melatih pekerja baru.

2. Cara urus duit.

Bagaimana simpan duit bisnes.

Berapa akaun bank nak buka.

Dokumen apa mahu disimpan dari pembekal.

Dokumen apa mahu diberikan kepada pelanggan.

Bagaimana cara ambil gaji untuk pemilik bisnes.

3. Undang-undang.

Perkara terakhir yang kita tidak mahu berlaku semasa bisnes mula berkembang ialah ada masalah dengan penguatkuasaan undang-undang seperti:

1. Akta cukai pendapatan 1967

2. Akta syarikat 2016

3. Akta pendaftaran perniagaan 1956

4. Akta pekerja 1955

5. Akta cukai jualan 2018

Jadi tuan puan semua, jangan sangka apabila kita mahu bisnes berkembang kita cuma perlu fokus kepada jualan dan marketing sahaja.

Hubungi saya