Tempoh Bercukai Untuk Orang Bisnes Enterprise
Tempoh bercukai untuk enterprise tidak sama dengan syarikat. Fahami tarikh dan tempohnya supaya tidak terlepas.
Bagi orang bisnes, tempoh percukaian ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember. Semua pendapatan yang diperolehi dalam tempoh itu akan dilaporkan pada tahun berikutnya.
Dalam akaun enterprise, Ini bermaksud kalau buka bisnes bulan januari, tempohnya ikut januari hingga disember. Kalau buka bulan 7, tetap dikira setahun dari tempoh bulan 7 hingga 12. Kalau buka bulan 10 tetap dikira setahun hingga bulan 12.
Tidak ada istilah buka bulan 5 tutup pada bulan 4 tahun hadapan untuk cukupkan 12 bulan. Itu cuma terpakai untuk syarikat Sdn Bhd sahaja.
Dalam tempoh ini pendapatan seperti keuntungan, penggajian, ambilan serta pendapatan lain seperti sewaan, royalti atau elaun semua dikira dalam tempoh tersebut iaitu Januari hingga Disember.
Hubungi saya →