STEP-BY-STEP BAGAIMANA UNTUK BAYAR GAJI PEKERJA DENGAN BETUL
Selama ini ramai yang buat bayaran gaji dengan cara yang salah. Terutama mereka yang hanya ada dua atau tiga pekerja. Dalam artikel ini saya kongsi bagaimana cara bayar gaji yang betul.
STEP-BY-STEP BAGAIMANA UNTUK BAYAR GAJI PEKERJA DENGAN BETUL
Langkah 1: Ambil rekod kedatangan pekerja.
Ambil buku rekod kedatangan yang digunakan seperti buku kehadiran, punch card, rekod thumb print atau aplikasi kedatangan.
Langkah 2: Kira jumlah kedatangan hari bekerja.
Pastikan hari kedatangan bekerja dikira, semak rekod cuti staff, semak rekod MC staff dan semak juga replacement day staff.
Langkah 3: Kira jumlah jam lebihan masa kerja (Overtime)
Daripada rekod kedatangan itu, semak masa kerja staff. Jika ada lebihan masa, rujuk polisi kerja lebihan masa.
Langkah 4: Buat slip gaji pekerja
Pastikan semua rekod itu dimasukkan dalam slip gaji pekerja. Slip gaji pekerja itu mesti dibuat dua salinan. Satu salinan untuk staff dan satu salinan disimpan dalam fail rekod slip gaji pekerja.
Langkah 5: Buat payroll pekerja
Setelah semua slip gaji pekerja itu siap masukkan dalam payroll pekerja. Payroll pekerja ini tujuannya untuk memudahkan proses bayaran gaji. Simpan rekod payroll itu bersama dengan slip gaji pekerja.
Pastikan buat 5 langkah ini supaya tidak berlaku salah faham tentang penggajian staff. Selain itu, ini juga penting untuk rekod gaji pekerja yang selalu diminta oleh LHDN, KWSP dan PERKESO.
Lebih mustahak, dokumen slip gaji dan payroll ini pasti akan menjadi rujukan utama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pejabat Buruh.
Tidak tahu bagaimana buat slip gaji pekerja dan payroll, kami bantu.
Hubungi saya →