Gaji & Staf · Januari 2024 ← Arkib

Staff Yang Bermasalah Akan Membawa Kesan Kepada Kewangan Bisnes

Seorang staf bermasalah bukan hanya masalah pengurusan; kesannya masuk terus ke dalam angka kewangan.

Cabaran terbesar sebuah bisnes atau syarikat ialah untuk membawa masuk staff pandai, melatih staff yang kurang pengalaman dan mengekalkan staff. Apabila staff itu bermasalah seperti tidak mematuhi SOP, masalah disiplin dan mempunyai masalah seperti tidak amanah, ini akan membawa kesan kepada kewangan bisnes.

Ini kerana apabila staff itu bermasalah, ini akan menjejaskan kerja-kerja yang perlu diselesaikan dan akan menyebabkan masalah ‘output’ atau pengeluaran. Bisnes dan syarikat banyak bergantung kepada ‘output’. Tanpa output, bermakna bisnes tidak akan menghasilkan produk yang siap untuk dijual atau servis yang sudah siap.

Contoh pertama, untuk siapkan 100 unit produk perlukan masa selama 2 jam. Jika staff itu mempunyai masalah disiplin seperti kerap hilang semasa bekerja, dia memerlukan masa 4 jam pula untuk siapkan jumlah output yang sama. Ini bermakna kos sudah naik 2 kali ganda.

Contoh kedua, majikan sudah berikan SOP untuk pekerja buat kerja mereka. Dalam SOP untuk buat minuman Milo Ais Dinosor, sudah ditetapkan berapa gram susu pekat, berapa gram milo, berapa banyak ais, berapa banyak air panas dan berapa banyak air. Jika staff tidak patuh SOP, kos memang akan naik berkali ganda. Sepatutnya 20 gram milo, diletaknya sampai 3 sudu. Rasa sudah tentu sekejap tawar, sekejap manis. Kos juga naik!

Contoh ketiga ialah staff yang suka curi duit. Ini memang akan jadi barah kepada bisnes. Sudahlah untungnya sedikit, duit pula dicuri. Untung itu dibayar cukai pula. Dua kali rugi. Staff yang bermasalah seperti ini ada dua cara sahaja buang atau lapor kepada polis. Jangan kompromi perkara seperti ini.

Hubungi saya