SOLOPRENEUR MESTI BELAJAR SIMPAN DUIT
Ramai orang bisnes yang berjaya pada hari ini mereka bermula sebagai seorang solopreneur. Semua keputusan dan risiko di bahu mereka. Ramai antara mereka yang berjaya ini bukanlah disebabkan oleh rahsia strategi tetapi kerana mereka pandai ikat perut.
Apabila kita pandai simpan duit, kita boleh mengambil keputusan untuk tidak buat keputusan. Contohnya seperti ada peluang untuk buat ambil sebuah projek. Jika projek itu berjaya memang akan membawa keuntungan untuk bisnes kita. Tetapi risiko menjalankan projek itu juga tetap ada. Jadi, dengan tidak mengambil keputusan segera kita boleh duduk, fikir dan analisa projek itu tanpa emosi.
Banyak perkara yang dijalankan dan dibuat kerana kita mengambil keputusan dengan sangat cepat. Daniel Kahneman menyebut bahawa ada perkara yang memang betul kita perlu untuk buat keputusan secara pantas, ada juga perkara yang memerlukan kita untuk untuk buat keputusan secara sangat perlahan.
Daniel Kahneman menyatakan bahawa jika sesuatu keputusan itu memberi kesan yang hampir kosong kepada kewangan atau hidup kita atau hidup orang lain, buat sahaja keputusan itu dengan cepat. Namun, jika sesuatu keputusan itu memberi kesan yang besar lebih-lebih lagi terhadap kewangan, kestabilan bisnes dan keselamatan sebaiknya jangan buat keputusan cepat. Sehingga dia berkata tidurlah dahulu sebelum buat keputusan itu.
Tetapi, jika kita sebagai solopreneur yang tidak ada duit simpanan kita akan selalu terdesak setiap masa. Apa yang terjadi? Kita akan jadi tidak rasional dalam membuat keputusan. Sebab itulah kita perlu simpan duit.
Ini adalah cara bagaimana solopreneur boleh simpan duit:
1. Tidak perlu tetapkan sasaran, simpan sahaja berapa yang boleh disimpan. Kalau RM100, simpan RM100.
2. Konsisten sahaja simpan, tidak perlu banyak sekali tidak perlu sedikit sekali. Kalau cuma boleh konsisten RM100, konsisten sahaja RM100 sehingga kita mampu konsisten naikkan jumlahnya menjadi semakin besar bermula RM200, kemudian RM300 sehingga yang kita mampu.
3. Simpan duit ini dalam fixed deposit. Fixed deposit ini nanti akan membantu kita untuk besarkan bisnes kita suatu hari nanti. Kita juga lebih mudah berbincang dengan pihak bank apabila kita ada fixed deposit.
Apabila kita mahu simpan duit, tidak semestinya untuk sesuatu perkara seperti nak beli kereta atau rumah. Kita simpan duit, kerana kita perlu simpan duit. Morgan housel menyebut tentang kepentingan simpan duit ini memberikan kita fleksibiliti dalam membuat keputusan. Fleksibiliti inilah yang membuatkan kita tenang dalam membuat keputusan.
Sebagai kesimpulan, itulah sebabnya mengapa sangat penting untuk kita simpan duit kerana kita mahu dua perkara iaitu kita perlu membuat keputusan dalam keadaan yang sangat rasional. Kedua ialah fleksibiliti yang ditawarkan dengan adanya duit simpanan itu membuatkan kita tenang membuat keputusan pada masa akan datang.
Hubungi saya →