Sales Jatuh Akibat Sayang Stok Lama
Stok lama yang disayangi menahan modal, menahan ruang, dan akhirnya menahan jualan baharu.
Ada bisnes yang bermasalah sales kerana berpunca dari barang atau servis. Situasi yang selalu difikirkan ialah bahawa yang bisnes ada masalah dari segi marketing, orang sales tak boleh jual atau kedai yang tidak menarik.
Mereka lupa sebab utama orang membeli ialah mesti ada barangnya atau servisnya. Jika barangnya tidak ada, apa yang pelanggan mahu beli? Jika servisnya tidak ada, apa yang pelanggan mahu ambil?
Sebagai contoh, dalam kawasan itu ada 1000 orang pelanggan, 1000 orang sudah masuk kedai kita setiap bulan. Bulan seterusnya mereka masuk lagi tapi barangnya masih barang yang lama, stok lama dan tidak ada design baru. Mereka tidak akan membeli lagi.
Contohnya seperti butik pakaian. Perkara pertama perlu semak rekod stok barang. Adakah barang yang dijual itu barang stok baru atau barang stok lama? Boleh berlaku sitausi apabila masuk sahaja stok baru, barang baru yang habis dulu. Barang lama masih tertinggal.
Apabila kita berdepan situasi stok barang lama, jangan sayang lagi stok lama itu. Cepat-cepat tukarkan jadi duit. Walaupun rugi sikit, kita boleh pusingkan semula supaya boleh untung balik. Yang penting barang itu jadi duit.
Supaya kita boleh ambil tindakan yang betul, buat macam ini:
1. Mesti rekod stok, stok masuk rekod stok keluar pun rekod.
2. Mesti rekod jualan supaya kita tahu barang mana yang laju mana yang perlahan.
3. Mesti kenal siapa pelanggan kita supaya boleh rancang strateginya.
Hubungi saya →