Rupanya Kerana ‘Constraint’ Sales Tidak Boleh Naik
Jualan tidak naik bukan kerana marketing lemah, tetapi kerana ada satu halangan yang menyekat keseluruhan aliran.
Apabila bisnes mahu menaikkan jualan, mereka mesti mengenal pasti ‘constraint’. Dalam buku Eliyahu Goldratt menyebut theory of constraint, iaitu sesuatu yang menghalang dari mendapat ‘maximum output’.
Sebagai contoh, Untuk mereka yang bisnes cuci kereta, jumlah kereta yang boleh dicuci ada had maksimum. Sebagai contoh, dalam satu jam dengan 5 pekerja yang bergaji RM1,100 jumlah kos sebulan untuk pekerja ialah RM5,500. Kos setiap jam ialah RM26.45, jadi jika setiap jam mereka boleh cuci dua buah kereta yang upahnya RM15.00, jumlah jualan ialah RM30.00. Ini baru ambil kira kos pekerja, belum kos bahan cuci dan air.
Jadi dengan mengenal pasti constraint atau halangan, mereka boleh menaikkan output. Sebagai contoh, 1 orang pekerja boleh siram kereta dahulu, 2 orang boleh sabun kereta, 1 orang boleh cuci bahagian dalam dan 1 orang keringkan kereta. Andai kata cara ini berjaya menaikkan output kepada 4 kereta per jam, margin keuntungan sudah berbeza. Dari RM30 per jam jualan sudah naik ke RM60 per jam. Hanya dengan menganalisa constraint.
Constraint ini dipanggil bottleneck, iaitu melampatkan proses penghasilan output. Mungkin juga disebabkan mesin air yang tidak berkualiti, menyebabkan tekanan air rendah, mungkin juga disebabkan sabun yang tidak bagus. Mungkin juga bukan kerana bilangan pekerja tetapi kepakaran pekerja itu rendah.
Boleh jadi juga constraint ini ialah owner bisnes sendiri. Dia sibuk nak jaga kerja pekerjanya seolah-olah dia tak pernah buat silap. Semua benda dia nak jaga. Sehingga ke tahap micro manage.
Hubungi saya →