Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Persamaan Ekonomi Kanopi Dan Nokia

Dua produk berbeza, satu pengajaran ekonomi yang sama tentang kos, permintaan, dan waktu.

Apakah yang terjadi kepada Nokia sehingga dihukum oleh pasaran? Sehinggakan ketua mereka berkata “kami tidak buat salah apa-apa, tetapi kami kehilangan pelanggan dalam pasaran.”

Mereka tidak berubah mengikut kehendak pasaran.

Tidak berbuat apa-apa juga adalah satu tindakan. Semasa pasaran telefon bimbit mulai berubah, Nokia kekal dengan model telefon bimbit mereka sehingga akhirnya mereka lesap.

Samalah seperti ekonomi kanopi.

Dahulu apabila ada sahaja kanopi dan pasar malam dibuka, berpusu-pusu masyarakat datang. Berebut orang mahu sertai acara. Jual sahaja air balang pasti pulang dengan hati gembira.

Sekarang situasi sudah berbeza. Orang yang berkunjung tidak membeli, orang yang datang ke acara juga kurang dan harga kanopi semakin mahal. Ini disebabkan oleh senario pecahnya ‘market equilibrium’ atau keseimbangan pasaran. Dahulu permintaan pembeli ramai kerana ‘marketplace’ kurang. Maksudnya tempat untuk berbelanja kurang.

Sekarang orang berbelanja di platform online. Jadi duit yang ada untuk dibelanjakan di ekonomi kanopi sudah berkurang. Dahulu beli baju pasar malam murah. Sekarang beli baju gred pasar malam, lebih murah di platform online. Orang ‘berpasar malam’ di platform online sahaja sekarang.

Jadi peserta ekonomi kanopi perlulah berubah. Sebagai contoh, walaupun masih di pasar malam, kanopi atau acara tetapi caranya boleh diubah. Tempat itu cuma sebagai ‘display’ atau pameran sahaja.

Transaksi tidak berlaku di situ.

Ini memang resam bisnes. Sebab itulah mesti mengikut arus pasaran. Nanti menjadi seperti Nokia. Hanyut dibawa arus moden.

Hubungi saya