Perbezaan Antara Merancang Outcome Dan Hasil
Outcome adalah keadaan yang tuan puan mahu capai; hasil hanyalah angka. Bezanya menentukan cara tuan puan merancang.
Bagi orang bisnes, hasil bukan urusan. Sebaliknya orang bisnes merancang outcome. Outcome adalah siri yang dirancang hasil dari usaha dan proses yang dibuat. Menurut Morgan Housel, mesti ada rancangan apabila rancangan tidak mengikut perancangan dan itu sesuatu yang biasa sahaja.
Outcome ini termasuklah jika hasil tidak mengikut seperti dirancang, hasil mengikut apa yang dirancang dan hasil melebihi apa yang dirancang. Jadi sekiranya hasilnya itu tidak mengikut rancangan, orang bisnes memang sudah bersedia. Begitu juga sebaliknya, jika hasil melebihi atau mengikut rancangan orang bisnes bertindak biasa-biasa sahaja.
Apabila outcome dirancang, ini adalah 3 kebaikannya:
1. Tidak Kecewa Dengan Hasil Yang Dicapai
Orang yang tidak merancang outcome, mereka kecewa apabila hasil tidak seperti yang dimahu. Mahu dapat A, hasilnya dapat B. Mahu capai 100 ribu sebulan, capai 40 ribu sebulan. Mereka rasa kecewa. Orang bisnes yang merancang outcome, mereka sudah jangka outcome itu dan salah satu outcome itu ialah hasilnya kurang dari seperti yang dirancang.
2. Tidak Melompat Apabila Hasil Melebihi Dari Apa Yang Dirancang
Apabila outcome tidak dirancang, orang bisnes akan melakukan kesilapan seperti membeli barang berjenama, menukar kereta baru dan pergi bercuti apabila hasil lebih daripada jangkaan. Dalam siri outcome yang sudah dirancang, jika hasil lebih dari apa yang dirancang sudah diketahui ke mana lebih itu perlu disalurkan. Jadi apabila sudah dirancang, tidaklah melakukan kesilapan-kesilapan.
3. Tidak Menyalahkan Pasukan Atas Rancangan Yang Gagal
Tidak ada rancangan yang gagal, yang ada ialah outcome yang berbeza yang dicapai. Pencapaian itu di bawah dari apa yang mahu dicapai, outcome yang memang sudah dirancang. Jadi tidak ada istilah rancangan yang gagal. Apabila outcome itu dirancang, jadi tidak berlaku menyalahkan pasukan akibat hasil tidak seperti yang dirancang.
Simon Sinek menjelaskan dalam sebuah bukunya, Start With Why tentang outcome. Di syarikat Jepun, Simon Sinek menceritakan bagaimana syarikat automotif Amerika terkejut apabila semua pintu-pintu yang dibuat, semuanya muat. Rupanya, pintu itu memang dirancang untuk muat. Bagi automotif America, mereka akan ketuk pintu-pintu yang tidak muat supaya jadi muat.
Apabila outcomenya sudah dirancang untuk muat, maka sepatutnya pintu itu muat. Kalau outcome tidak dirancang, tentulah ada pintu yang muat dan ada yang tidak muat.
Hubungi saya →