Peranan Pemilik Bisnes Dalam Kewangan
Peranan pemilik dalam kewangan bukan menyemak baki bank, tetapi memandu keputusan.
3 Peranan Kewangan Pemilik Bisnes
Secara amnya, pemilik bisnes mempunyai 3 peranan dalam kewangan bisnesnya. Peranan ini sangat penting untuk memastikan bisnesnya dalam keadaan yang stabil dan boleh hidup dengan sendiri.
Berikut ialah 3 peranan kewangan pemilik bisnes:
1. Pemilik Bisnes Berperanan Mencari Sumber Kewangan
Peranan pertama yang mesti dilakukan oleh pemilik bisnes ialah mencari sumber kewangan. Mencari sumber kewangan ini termasuklah bagaimana menyusun strategi untuk dapatkan duit dari jualan, dapatkan duit dari pelabur, dapatkan duit dari pinjaman bank atau mendapatkan geran dari agensi kerajaan.
1. Pemilik Bisnes Berperanan Menyusun Agihan Kewangan
Peranan kedua ialah menyusun agihan kewangan. Menyusun agihan kewangan bermakud pengurusan sumber kewangan. Dalam bisnes, sudah tentu kita mempunyai sumber kewangan yang terhad. Pemilik bisnes perlu fikir bagaimana cara untuk menyusun agihan sumber kewangan ini. Sebagai contoh, berapa banyak duit yang perlu dibelanjakan untuk urusan pentadbiran seperti gaji dan elaun.
Untuk bahagian pemasaran, berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk pemasaran offline seperti banner, bunting dan signboard. Jika nak belanja untuk pemasaran online, hendak belanja duit itu untuk apa? Berapa untuk Facebook? Berapa untuk Tiktok? Berapa untuk Google Ads? Inilah yang pemilik bisnes perlu susun.
1. Pemilik Bines Berperanan Melabur Dan Menyimpan Kewangan
Peranan ketiga ialah pemilik bisnes berperanan untuk menyimpan duit bisnes. Memilih dimanakah duit itu perlu disimpan, menggunakan instrumen apa dan dalam bentuk apa duit itu akan disimpan. Bukan setakat itu sahaja, pemilik bisnes perlu juga untuk berfikir bagaimana untuk melabur duit bisnes itu.
Hubungi saya →