Pemilik Bisnes Mesti Ambil Gaji
Pemilik yang tidak ambil gaji menyembunyikan kos sebenar bisnes daripada dirinya sendiri.
3 Sebab Pemilik Bisnes Mesti Tetapkan Gaji
Ramai pemilik bisnes mereka buat bisnes tanpa ambil gaji. Namun, ada sahaja duit yang mereka ambil. Ini menyebabkan mereka selalu ada masalah tunai. Pantang nampak duit lebih dalam akaun bank, terus rasa bahawa duit itu adalah duit mereka. Oleh sebab itu, pentingnya menetapkan gaji.
Ini adalah 3 sebab pemilik bisnes mesti tetapkan gaji setiap bulan:
1. Pemilik Bisnes Juga Adalah Seorang Pekerja
Ramai orang yang buat bisnes mereka sangka bahawa jawatan sudah berubah, mereka kina adalah seorang pemilik bisnes. Hakikatnya, jawatan tidak berubah. Kerja itu tetap sama cuma hasil adalah milik mereka. Orang bisnes juga adalah seorang pekerja oleh itu mereka mesti tetapkan gaji.
Pekerjaan atau tugasan yang dibuat oleh orang bisnes itu adalah tugasan seorang pekerja maka gajinya juga mesti ditetapkan seperti seorang pekerja.
1. Menetapkan Gaji Membantu Pengurusan Aliran Tunai
Aliran tunai yang bermasalah banyak berpunca dari cara pemilik bisnes ambil duit dari bisnes mereka. Supaya aliran tunai tidak bermasalah, gaji mesti ditetapkan. OIeh itu, pemilik bisnes cuma boleh ambil jumlah yang sudah ditetapkan sebagai gaji sahaja. Ini sama seperti sewaktu bekerja.
Disiplin mengambil gaji akan membantu pengurusan aliran tunai yang lebih lancar. Walaupun ada masa mungkin gaji itu tidak dapat diambil sepenuhnya, gaji itu boleh diambil kemudian. Tetapkan sahaja dahulu berapa gaji yang diambil.
1. Menetapkan Gaji Memudahkan Pemilik Bisnes Untuk Buat Keputusan
Orang bisnes mengalami kesukaran untuk membuat keputusan apabila tidak menetapkan gaji. Contohnya, bagaimana mahu menetapkan harga apabila struktur kos tidak lengkap? Kos gaji ialah salah satu bahagian dalam kos bisnes. Jadi apabila gaji tidak ditetapkan, sukar untuk menetapkan harga. Disebabkan kos gaji tidak dimasukkan sebagai kos dalam bisnes dan faktor dalam menetapkan harga, itulah yang menyebabkan sukarnya untuk pemilik bisnes bayar gaji mereka.
Hubungi saya →