Pemilik Bisnes Juga Adalah Pekerja Dalam Bisnes Atau Syarikat
Pemilik juga pekerja dalam bisnes sendiri. Melihatnya begitu mengubah cara kos dikira.
Apabila orang bisnes buat bisnes, status orang bisnes itu tidak berubah menjadi seorang yang “tidak perlu buat kerja”. Bahkan apabila menjadi pemilik bisnes, pemilik bisnes sebenarnya adalah pekerja selama mana menjadi pemilik bisnes sampailah orang bisnes itu sudah mampu membayar orang pandai untuk mengurus bisnes dan menjalankan operasi bisnes.
Ini adalah 3 pekerjaan yang perlu dibuat sebagai pemilik bisnes:
1. Pemilik Bisnes Perlu Menjadi Pekerja Operasi
Pada peringkat awal, banyak kerja-kerja operasi yang perlu dibuat sendiri oleh pemilik bisnes. Mungkin pada peringkat awal, semua kerja dibuat oleh pemilik bisnes dan sedikit demi sedikit kerja itu dipindahkan kepada pekerja. Supaya kerja itu mudah dipindahkan kepada pekerja, siapkan segera SOP kerjanya.
1. Pemilik Bisnes Perlu Menjadi Pekerja Jualan
Pada peringkat awal, pemilik bisneslah yang mesti pandai buat jualannya. Itulah cara untuk duit masuk. Jika mulut orang bisnes itu tidak dibuka untuk menjual, susahlah bisnes itu untuk dapat duit. Sebab itu pada peringkat awal, orang bisnes mesti sudah jelas barangnya itu mahu dijual kepada siapa? Siapa yang berminat mahu dapatkan servisnya? Perkara ini orang bisnes mesti selesaikan sendiri pada peringkat awal.
1. Pemilik Bisnes Perlu Menjadi Pekerja Pentadbiran
Kerja-kerja pendatbiran pada peringkat awal ialah seperti buat invoice, buat statement, bank in duit sales, simpan dokumen dan simpan bil. Ini adalah kerja-kerja yang mesti dibuat pada peringkat awal oleh pemilik bisnes itu sendiri. Jika Kerja ini tidak dibuat, nanti dokumen akan tidak tersusun. Itu akan menyukarkan kerja pada masa akan datang.
Hubungi saya →