Orang Bisnes Yang Hanya Fikir Berperang Harga
Berperang harga menang jualan sekejap, kemudian membunuh margin dan akhirnya membunuh bisnes.
Strategi berperang harga sering digunakan apabila mereka mula masuk dalam pasaran. Strategi ini mudah sekali digunakan, jadi mereka masuk dalam bisnes dengan mentaliti untuk berperang harga.
Orang baru bisnes dengan modal kecil, nafas mereka pendek. Orang yang sudah lama, nafas mereka panjang. Jadi, apabila masuk perang harga orang lama tidak akan beri reaksi. Strategi perang harga adalah strategi yang digunakan oleh orang malas.
Pendapat popular tentang perang harga ini ialah menggnakan kuantiti. Perang harga dan kuantiti ini majoritinya ialah produk Fast moving consumer goods (FMCG). Kalau bermain perang harga untuk produk yang permintaannya rendah, bisnes akan mati.
Orang baru bisnes modalnya kecil, jadi mesti makan laju. Mesti fikir bagaimana dapatkan duit cepat. Itu tidak bermaksud bisnes perlu main perang harga.
Supaya bisnes tidak terperangkap dalam perang harga, kita mesti buat 3 perkara ini:
1. Kira Kos Marginal Untuk Produk Atau Servis
Kenal pasti berapakah kos marginal produk atau servis. Kos marginal adalah harga jualan tolak harga kos langsung. Kos marginal dikira supaya dapat mengetahui kos sebenar untuk mengeluarkan atau menjual sesuatu produk atau servis itu. Dengan mengira kos ini dapatlah dilihat sama ada harga itu sesuai atau tidak dengan kos marginal produk atau servis itu.
2. Belajar Aspek Marketing Sebelum Tetapkan Harga Produk Atau Servis
Jika dilihat bagaimana kebanyakan jenama menetapkan harga, banyak bergantung kepada bagaimana produk atau servis itu dipasarkan. Untuk produk yang mahal, produk itu dipasarkan dengan cara yang mewah. Pelanggan juga didorong dengan status dan objektif pembelian supaya dilihat sebagai orang kaya. Berbeza dengan barang yang murah. Mengutamakan kemampuan sebagai faktor dalam pembelian. Jenama orang kebanyakan lebih didorong oleh faktor harga.
3. Buat Kajian Pasaran Kos Dan Harga Dahulu
Sebelum menetapkan harga, buat kajian pasaran dahulu. Bukan sahaja tentang kos tetapi juga buat kajian tentang harga juga. Harga banyak didorong oleh dua perkara iaitu kos dan pasaran. Jika kosnya itu adalah A dan harga pasaran adalah B, maka ada dua faktor yang akan menetapkan harga yang akan diletakkan nanti. Faktor pertama ialah harga pasaran dan kedua ialah bagaimana produk itu dipasarkan. Jadi buat kajian pasaran tentang kos dan harga terlebih dahulu sebelum menetapkan harga.
Hubungi saya →