Orang Bisnes Tidak Simpan Emas
Emas bukan simpanan operasi. Ini sebabnya orang bisnes perlu berhati-hati dengannya.
Apabila orang bisnes ingin menyimpan duit mereka, mereka tidak menukarkan duit mereka kepada perkara lain seperti emas. Ini adalah 3 sebab mengapa orang bisnes tidak simpan emas:
1. Harga Emas Ada Spread Tinggi
Apabila orang bisnes ada duit dan tukarkan duit itu kepada emas, emas itu ada spread. Spread ialah perbezaan antara harga beli dan harga jual. Harga jual sudah pasti lebih tinggi daripada harga beli. Orang yang mahu membeli akan beli harga murah. Harga di papan emas itu adalah harga yang mereka jual, bukan harga yang mereka mahu beli.
1. Emas Perlukan Masa Untuk Pulang Modal
Emas memerlukan masa untuk balik modal. Beli sahaja, keluar kedai harga sudah jadi lain. Jika dilihat pembelian emas sekarang, emas perlukan masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk sekadar balik modal sahaja.
1. Emas Terdedah Kepada Risiko Harga Turun
Membeli emas itu termasuk dalam kategori melabur. Semua pelaburan akan berhadapan dengan risiko. Pelaburan emas bukan simpanan. Orang yang beli emas tidak simpan emas sekadar simpanan. Sudah tentu mahu simpan emas kerana pelaburan atas sebab mereka fikirkan bahawa emas itu akan memberi pulangan pada masa akan datang.
Hubungi saya →