Orang Bisnes Mesti Ada Akaun Bank Simpanan
Bisnes tanpa akaun simpanan hidup dari bulan ke bulan. Ini caranya membina jaringan keselamatan.
Sebagai orang bisnes, akaun bank simpanan adalah satu kemestian. Akaun bank simpanan ini ada tiga kegunaan utama untuk orang bisnes. Ini ialah tiga kegunaan itu:
1. Masukkan Gaji Setiap Bulan Ke Akaun Bank Simpanan
Orang bisnes mesti ambil gaji. Tapi mahu dibayar ke mana? Takkan ambil wang tunai atau tunaikan cek di kaunter bank atas nama sendiri? Jadi jawapannya ialah akaun simpanan. Di akaun simpanan inilah duit gaji dimasukkan.
1. Pembayaran Untuk Tujuan Peribadi Akan Gunakan Akaun Simpanan
Orang bisnes sama juga seperti orang lain atau pekerja-pekerja lain. Memanglah akan gunakan duit untuk tujuan perbelanjaan. Duit yang ada dalam akaun simpanan itu boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti bayar kereta, bayar sewa rumah, bayar bil elektrik, bayar yuran sekolah anak dan apa sahaja bayaran bersifat milik belanja peribadi.
1. Menyimpan Duit Simpanan Untuk Diri Sendiri
Akaun bank simpanan ini juga bertujuan untuk menyimpan duit sendiri. Oleh kerana akaun bank ini mesti diasing-asingkan antara kegunaan bisnes dan kegunaan peribadi, jadi mestilah duit simpanan itu diasingkan supaya duit peribadi pemilik bisnes tidak bercampur dengan duit bisnes. Simpan sahaja duit sendiri dalam akaun bank simpanan itu.
Hubungi saya →