Naikkan Gaji Staff Dahulu Apabila Jualan Sudah Naik
Menaikkan gaji staf selepas jualan naik adalah urutan yang menjaga aliran tunai.
Apabila jualan meningkat mendadak dengan sangat bagus, naikkan gaji staff dahulu. Ini kerana staff memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bukan sahaja jualan itu naik bahkan mengurus jualan naik itu juga adalah kerana staff yang mengurus sangat bagus.
Ini adalah sebab mengapa gaji staff perlu naik dahulu:
1. Kerja Staff Sudah Bertambah Berkali Ganda Jadi Gaji Mesti Naik
Sebelum ini jualan hanya sekitar bawah 100 ribu sahaja maka staff tidak banyak bekerja berbanding jualan sekitar 200 ribu dan jumlah staff masih sama. Beban kerja staff sudah naik berkali ganda seperti sebelum ini.
1. Menaikkan Gaji Staff Mendorong Staff Untuk Berusaha Lebih Baik Lagi
Bagi memberi dorongan atas kejayaan dan usaha staff itu supaya pada masa akan datang mereka tahu ada ganjaran atas usaha mereka dalam bisnes majikan mereka. Mereka rasa usaha mereka tidak dipandang ringan oleh majikan. Semangat mereka naik untuk berusaha lebih baik lagi.
1. Menaikkan Gaji Menjadikan Pengurusan Cukai Yang Lebih Baik
Di sudut mengurus cukai, apabila kos gaji naik 15% secara automatik perbelanjaan pentadbiran akan naik seperti KWSP dan Perkeso. Kesannya cukai akan berkurang. Tetapi, di sudut lain pula staff akan lebih semangat nak kerja dengan majikan yang peka kepada pencapaian syarikat. Jadi berkemungkinan cukai tidak kurang juga jika jualan semakin meningkat.
Hubungi saya →