Kos & Harga · Januari 2024 ← Arkib

Mindset Hendak Berjimat RM1 Akhirnya Rugi RM100

Berjimat pada perkara yang salah adalah kos tersembunyi paling mahal dalam bisnes kecil.

Mindset Hendak Berjimat RM1 Akhrinya Rugi RM100

Buku-buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, Ryan Holiday dan juga Daniel H. Pink, mereka banyak tekankan perbezaan orang kaya dan orang miskin. Orang miskin, mereka sanggup beratur panjang selama 2 hingga 3 jam semata-mata mahu dapatkan ‘penjimatan’.

Bagi orang kaya mereka tidak akan tunggu 2 hingga 3 jam hanya semata-mata mahukan diskaun atau potongan harga. Masa itu buat orang kaya sangat berharga. Mereka anggap bahawa masa itu tidak boleh dibeli walaupun mereka mampu untuk bayar berapa sahaja harganya.

Orang bisnes jangan fikir mahu jimat. Semua perkara mahu jimat. Semasa hendak buat iklan nak jimat, semasa hendak ambil pekerja nak jimat atau semasa hendak menguruskan akaun nak jimat. Akhirnya sikap itu membuatkan diri sendiri yang merana. Banyak kes yang melibatkan orang bisnes hilang dan rugi duit akibat mahu berjimat.

Persoalannya ialah orang bisnes sepatutnya berjimat atau hendak buat untung? Sudah tentu mahu buat untung. Jadi supaya tidak buat kesilapan yang seperti itu, mestilah perlu ada mindset kita buat bisnes untuk buat untung, bukan mahu berjimat sana sini.

Contohnya seperti di bawah:

1. Buat iklan sebab mahu buat jualan supaya boleh ada untung.

2. Cari pekerja supaya kerja itu bergerak jadi ada output.

3. Buat akaun supaya boleh semak prestasi bisnes.

Selagi mindset itu hendak berjimat, sukar untuk menjadi kaya.

Hubungi saya