Merompak Bisnes Sendiri Mengundang Buruk Kepada Bisnes
Mengambil duit bisnes tanpa rekod bukan keuntungan, itu merompak bisnes sendiri secara perlahan.
Akibat perbuatan merompak bisnes, orang bisnes menyalahkan diri mereka kerana mereka rasa yang mereka bersalah kerana merompak bisnes mereka. Mereka ambil duit bisnes mereka untuk bayar keperluan harian mereka. Ada yang rasa bersalah besar ada juga yang tak rasa apa-apa. Tapi majoriti memang tidak mahu lagi rompak bisnes mereka.
Merompak bisnes bermaksud mengambil duit lebih dari yang sepatutnya. Contohnya gaji yang ditetapkan setiap bulan ialah RM3000. Tapi pemilik ambil lebih untuk keperluan lain. Kalau ambil untuk pinjam itu lain cerita. Ini memang ambil sahaja tanpa rekod dan memang keluar dari bisnes.
Contoh yang orang selalu buat:
1. Ambil duit bisnes untuk pergi bercuti dengan keluarga
2. Ambil duit bisnes untuk beli telefon kegunaan peribadi
3. Ambil duit bisnes untuk bayar hutang personal loan
Ini pula bukan merompak bisnes:
1. Ambil duit bisnes sebagai gaji
2. Ambil duit bisnes untuk bayar tunggakan gaji lama
3. Ambil duit bisnes untuk bayar rumah dan kereta
Apa beza antara dua situasi di atas?
Pemilik ambil gaji itu memang perlu sebab pemilik juga bekerja dalam bisnes itu. Cuma yang sering menjadi masalah ialah pemilik tidak tetapkan gaji. Sekejap gaji RM5,000 nanti bulan depan RM9,000.
Gaji mesti tetap barulah ianya cara yang betul. Jika tidak itulah yang dipanggil rompak bisnes. Mahu berhenti dari rompak bisnes senang sahaja, tetapkan gaji berapa yang perlu diambil.
Hubungi saya →