Menyimpan Emas Sebagai Simpanan Untuk Duit Bisnes
Emas sebagai simpanan duit bisnes ada risiko kecairan yang perlu difahami dahulu.
Kesilapan yang dibuat oleh orang bisnes ialah apabila menukarkan duit bisnes menjadi seutas rantai perhiasan emas atau sejongkong emas. Lebih parah lagi mereka menukarkan kepada ‘emas digital’ atau ‘emas kertas’ yang mana majoritinya berakhir duka.
Ini adalah 3 faktor kenapa emas tidak sesuai dijadikan sebagai simpanan bisnes:
1. Emas Memerlukan Masa Untuk Pulang Modal
Apabila emas itu dibeli pada hari ini, keluar sahaja dari pintu atau resit itu sudah diterima harganya terus turun 10% hingga 20%. Dari sudut nilai, mungkin ada peningkatan dan penurunan. Namun dalam bisnes, duitlah yang menjadi modalnya. Apabila beli emas berharga 10000 ringgit, harganya itu akan jatuh ke 8500 ringgit atau mungkin lebih rendah lagi. Untuk capai harga yang sama, itu memerlukan masa yang sangat lama.
1. Emas Perlu Dicairkan Untuk Dapatkan Duit Dan Ianya Datang Dengan Kos
Emas memang mempunyai harga dan ada nilai. Jika mahu digadai atau dijual ramai orang yang akan beli. Tetapi persoalannya ialah pada harga berapa orang itu sanggup membeli? Jika emas itu digadai, berapa peratus upah simpannya atau faedahnya? Itulah masalahnya dengan emas. Ya boleh cair, tetapi pada harga berapa dan pada kos apa.
1. Emas Terdedah Kepada Risiko Harga Turun
Emas itu harganya akan meningkat dan menurun. Ya betul harganya meningkat jika dilihat graf harga untuk 10 hingga 20 tahun. Tetapi jika dilihat lebih dekat, harga emas ada masanya akan turun. Apa yang akan terjadi apabila harga emas itu turun? Ini bermakna simpanan yang diharap-harapkan akan naik rupanya semakin turun. Jika duit itu diperlukan secepatnya, orang bisnes terpaksa bersetuju pada harga apa sekalipun orang yang sanggup membeli.
Hubungi saya →