Mengurus Duit Modal Permulaan Bisnes
Duit modal permulaan perlu ada pembahagian dan sempadan, bukan satu kolam yang dicedok bila perlu.
Apabila sudah ditetapkan modal permulaan bisnes, modal itu mesti diuruskan. Berikut adalah cara untuk mengurus modal permulaan:
1. Rekodkan Modal Permulaan
Masukkan rekod modal permulaan dalam catatan aplikasi excel atau buku nota. Pastikan ditulis tarikhnya dan berapa modal yang dimasukkan itu. Kalau modal itu ialah modal wang tunai, tuliskan berapa nilai wang tunai itu.
1. Buka Akaun Bank Semasa
Supaya senang dan selamat, duit itu disimpan dalam akaun bank. Akaun bank itu mestilah akaun bank semasa atas nama bisnes itu. Selepas selesai buka akaun bank untuk bisnes itu, depositkan duit modal itu ke dalam akaun bank bisnes itu. Kalau duit modal ialah RM2000, masukkan RM2000 itu ke dalam akaun bank.
1. Jangan Belanja Duit Modal Sebelum Buka Akaun Bank
Oleh kerana mungkin tidak sabar untuk menjalankan bisnes, pastikan akaun bank dibuka terlebih dahulu sebelum membelanjakan duit modal itu. Ini memudahkan proses akaun supaya jika terlupa berapa duit modal yang dimasukkan, boleh rujuk semula akaun bank itu berapa duit modal. Selepas duit itu dimasukkan ke akaun bank barulah duit itu dibelanjakan.
Hubungi saya →