Menghasilkan Produk Sendiri Untuk Orang Yang Baru Buat Bisnes
Membuat produk sendiri nampak menguntungkan, tetapi kosnya lebih besar daripada yang disangka pada awalnya.
Persediaan Menghasilkan Produk Sendiri Untuk Orang Yang Baru Buat Bisnes
Sewaktu hendak memulakan bisnes, perasaan ghairah untuk ada nama sendiri terpampang di label produk itu memang ada. Sangkaan orang bahawa apabila buat bisnes mesti ada produk sendiri. Oleh itu dengan modal yang ada, ramai orang memulakan bisnes dengan menghabiskan sebahagian besar modal untuk produk.
Sekiranya ingin mengeluarkan produk sendiri, berikut adalah 3 persediaan kewangan yang mesti dibuat dahulu:
1. Merangka Bajet Sebelum Mengeluarkan Produk
Apabila mahu mengeluarkan produk, pastikan bajetnya itu dirangka terlebih dahulu. Mesti dinyatakan anggaran jualan yang realistik, mesti dimasukkan bajet bukan hanya kos untuk membuat produk itu sahaja tetapi juga kos pemasaran seperti rekaan label, gambar produk, video produk, model produk dan pempengaruh untuk produk itu. Bajet itu juga, mesti memastikan kos pemasaran seperti kos iklan sudah berjalan beberapa bulan sebelum produk itu keluar.
1. Bersedia Untuk Produk Tidak Laku Selama 6 Bulan Pertama
Situasi produk tidak laku untuk 6 bulan pertama boleh berlaku kepada mereka yang keluarkan produk. Oleh itu persediaan untuk memastikan sekiranya produk tidak laku selama 6 bulan pertama mesti dibuat. Walaupun produk tidak laku dalam masa 6 bulan itu, bisnes masih mampu untuk bertahan kerana untuk memasarkan produk memerlukan kepakaran dan juga masa yang mana dua perkara ini orang bisnes yang baru mulakan bisnes tidak ada.
1. Bersedia Untuk Produk Laku
Dengan persediaan dan rancangan yang betul sebelum produk itu keluar, situasi produk laku boleh berlaku. Oleh sebab itu persediaan produk itu laku juga perlu ada. Orang bisnes yang buat produk sendiri mesti rancang perjalanan produk itu. Adakah produk itu ‘1 time hit’ sahaja atau adakah produk itu akan melalui inovasi dari masa ke masa? Ini kerana ramai orang bisnes yang terperangkap dalam perasaan seronok produk itu sudah pernah laku, jadi sangkaan mereka produk itu akan laku lagi. Orang bisnes mesti faham maksud kitaran hidup produk, produk baru lahir maka pasti produk itu juga akan mati nanti.
Hubungi saya →