Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Menangguhkan Kepuasan Dari Sudut Kewangan

Menangguhkan kepuasan bukan berjimat — ia keputusan kewangan yang memberi pulangan kemudian.

Dalam buku Bisnes Like Muhammad, sikap boleh menangguhkan kepuasan ini dikupas dengan begitu menarik sekali. Orang bisnes mesti pandai menangguhkan kepuasa. Dari sudut kewangan, menangguhkan kepuasan ini memberi kesan yang sangat besar.

Kesannya apabila orang bisnes boleh menangguhkan kepuasan mereka, mereka boleh jadikan duit itu sebagai modal tambahan.Modal tambahan ini boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran, membeli mesin yang lebih efisyen atau meningkatkan kepakaran.

Pada tahun 1972, seorang professor dari Stanford University telah menjalankan kajian yang dipanggil Standord Marshmallow Experiment yang mana menunjukkan kanak-kanak yang boleh menangguhkan kepuasan lebih cenderung untuk berjaya pada masa akan datang.

Untuk orang bisnes, apabila mereka faham sikap menangguhkan kepuasan ini boleh menjadi satu faktor besar untuk bisnes boleh berjaya. Sebagai contoh, jika jual goreng pisang tepi jalan. Setiap hari boleh menyimpan duit untung itu sebanyak RM50. Sebulan sudah boleh simpan lebih kurang RM1,000.

Simpanan ini digunakan untuk beli aset bisnes seperti mesin, upah pekerja, kursus meningkatkan upaya bisnes dan sebagainya.

Jadi orang bisnes perlu buat apa?

1. Letakkan sasaran ke mana bisnes hendak dibawa

2. Kalau nak melancong gunakan duit gaji sendiri

3. Buat akaun bank simpanan sendiri, asingkan duit bisnes dan duit sendiri

Ini bukan kedekut dengan diri sendiri, ini adalah cuma berhati-hati dalam berbelanja. Biar bisnes yang kaya, biar syarikat yang kaya, nanti boleh kutip hasilnya.

Hubungi saya