Memilih Syarikat PLT Sebagai Entiti Untuk Buat Bisnes
PLT ada kelebihan dan tanggungjawabnya. Ini pertimbangan sebelum memilihnya sebagai entiti bisnes.
Pada fasa awal buat bisnes, banyak kos perlu ditanggung. Jika pada fasa awal buat bisnes itu menggunakan Syarikat Sdn Bhd, kos permulaan sekitar RM 3,000 dan juga kos selenggara dan yuran sehingga RM 10,000 dan boleh jadi lebih tinggi.
Berbanding dengan syarikat Sdn Bhd, untuk menubuhkan syarikat PLT kosnya hanya RM2,000. Jadi dengan syarikat PLT, kos memulakan dan selenggara jauh lebih murah berbanding syarikat Sdn Bhd.
Walaupun syarikat PLT ini sukar mendapat pembiayaan namun untuk 3 tahun pertama sama juga halnya dengan syarikat Sdn Bhd, tidak boleh buat pinjaman. Perkara yang ini mestilah dipertimbangkan sewaktu memilih antara memulakan dengan Sdn Bhd atau PLT
Berikut adalah kos yang boleh dijimat jika memulakan bisnes dengan syarikat PLT.
1. Kos audit bermula RM3,000 dan ke atas setahun
2. Kos setiausaha syarikat RM 1800 dan ke atas setahun
Ini adalah kos setahun, bermakna sepanjang 3 tahun itu sudah boleh jimat minimum RM 5,000 setahun dan RM 15,000 untuk tiga tahun. Banyak perkara boleh dibuat dengan RM 15,000 itu.
Syarikat PLT ialah entiti hibrid iaitu ada kelebihan enterprise dan Sdn Bhd dalam sebuah entiti yang sama. Dari sudut cukai, cukai untuk Syarikat PLT dan Sdn Bhd ialah sama. Jadi sekiranya pendapatan enterprise itu sahaja sudah melebihi RM100,000 sebaiknya tukarlah ke syarikat.
Ini kerana untuk bisnes enterprise kadar cukainya ialah 19% manakala kadar cukai untuk syarikat pula ialah antara 15% hingga 17%. Untuk enterprise itu baru pendapatan atas keuntungan belum termasuk gaji, ambilan dan elaun.
Oleh itu kalau nak dapatkan kelebihan seperti syarikat Sdn Bhd tetapi tidak mahu menanggung kos pengurusan yang tinggi dan mahu kurangkan cukai, boleh daftar syarikat PLT.
Hubungi saya →