Membuat Keputusan Melibatkan Kewangan Untuk Bisnes
Keputusan kewangan bisnes bukan soal rasa. Ia soal angka, tempoh, dan risiko yang tuan puan boleh tanggung.
Sebagai pemilik bisnes, membuat keputusan adalah perkara yang mesti dibuat hampir setiap hari. Ada keputusan melibatkan kesan kewangan yang besar, ada yang sederhana dan kecil, dan ada yang tidak memberi kesan langsung kepada bisnes.
Apabila mahu membuat keputusan melibatkan kewangan mestilah merujuk kepada data yang ada. Bagi mereka yang sudah mempunyai bajet kewangan, keputusan itu bukan tentang mahu buat apa. Keputusan yang perlu dibuat ialah adakah perkara itu dibuat sekarang, dibuat nanti atau tidak dibuat langsung.
Ini 3 contoh jenis keputusan yang dibuat berdasarkan bajet kewangan:
1. Keputusan Menambah Pekerja Untuk Operasi
Dalam bajet yang sudah disediakan, aktiviti bisnes sudah bertambah. Sebagai contoh tadika. Sebelum ini tadika itu tidak ada program khas membaca. Jadi bilangan cikgu itu cukup. Apabila ada program khas, tugas cikgu bertambah. Oleh itu ada keperluan untuk menambah cikgu. Sekiranya cikgu tidak bertambah akan memberi kesan kepada keberkesanan pembelajaran. Jadi, pemilik bisnes mesti membuat keputusan sama ada mahu menambah pekerja atau tidak.
2. Keputusan Menambah Aktiviti Marketing Untuk Bisnes
Semasa proses merancang bajet, pekerja untuk marketing mencadangkan aktiviti yang kerap dilakukan untuk media sosial bisnes itu seperti Facebook. Jadi untuk memastikan media sosial itu dijaga, mestilah ada pengisian dan bahan untuk dimuat naik ke media sosial. Oleh itu, pemilik bisnes mesti buat keputusan dengan sumber yang ada bagaimana aktiviti ini boleh dijalankan. Adakah perlu untuk membayar pihak luar untuk menjalankan aktiviti ini? Jika aktiviti ini dilaksanakan oleh orang sedia ada, apakah alat yang diperlukan? Inilah keputusan yang perlu dibuat.
3. Keputusan Mengeluarkan Bungkusan Baru
Bungkusan produk itu sudah lama dan rekaannya sudah tidak menarik lagi. Semasa merancang bajet, ada cadangan untuk mengeluarkan bungkusan baru. Jadi pemilik bisnes mesti buat keputusan sama ada mahu meneruskan dengan idea bungkusan baru atau hanya terus gunakan bungkusan produk yang lama. Kemungkinan produk itu akan menggunakan bungkusan lama sahaja sebelum diganti pada tahun itu juga atau idea ini tidak akan digunakan langsung pada tahun itu.
Apabila membuat keputusan memilih aktiviti, jangan ditambah lagi cadangan idea baru. Pilih sahaja cadangan yang sudah dirancang semasa aktiviti merancang bajet.
Hubungi saya →