Membeli Aset Tetap Untuk Memulakan Bisnes
Aset tetap mengunci tunai untuk tempoh panjang. Ini pertimbangan sebelum membelinya pada awal bisnes.
Aset tetap bermaksud sesuatu yang membantu untuk menghasilkan pendapatan. Sebagai contoh kalau buka gerai tepi jalan untuk jual air balang, aset tetap itu ialah seperti payung, kanopi, meja, kerusi, balang air dan gelen air.
Contoh kedua pula ialah buka tempat cuci kereta. Aset tetap untuk tempat cuci kereta ialah mesin pam air, mesin pemampat udara, mesin penyedut udara, lampu dan kelengkapan air. Dengan kata lain tanpa mesin-mesin atau peralatan ini mustahil untuk buat bisnes ini.
Apabila mahu membeli aset seperti ini, berikut adalah langkah-langkah untuk membeli:
1. Senaraikan Aset Yang Diperlukan Untuk Bisnes
Senaraikan dahulu apakah mesin dan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan bisnes itu. Untuk memudahkan proses ini senaraikan peralatan yang mesti ada dan peralatan yang kalau tidak ada bisnes masih boleh dibuat.
1. Buat Tinjauan Harga Di Kedai, Aplikasi Pembelian Dan Kedai Terpakai
Langkah seterusnya adalah buat tinjauan harga. Buat satu senarai perbandingan tentang spesifikasi, kualiti dan juga terma bayaran. Ada aplikasi yang memberikan pilihan untuk bayaran sehingga 6 kali tempoh bayaran. Jika ada pilihan seperti itu nyatakan dalam senarai itu. Buat tinjauan juga di “marketplace” dalam talian seperti di Facebook, Carousel dan juga laman web barangan terpakai. Banyak pilihan untuk membeli aset seperti mesin dan peralatan.
1. Buat Keputusan Pembelian Berdasarkan Modal Yang Sudah Ditetapkan
Apabila mahu buat keputusan, semak semula sama ada modal yang ditetapkan cukup atau tidak. Jangan tambah modal itu. Sekiranya pilihan yang ada tidak bagus dan tidak sesuai dengan modal, boleh jadi bisnes itu tidak sesuai dengan modal yang ada. Selain itu ada juga pilihan untuk menyewa atau “outsource” sahaja.
Hubungi saya →