Kos Menjadi Orang Bisnes Yang Popular
Menjadi popular ada kosnya: masa, jangkaan orang, dan tekanan pada operasi bisnes.
Kos Menjadi Orang Bisnes Yang Popular
Ada orang bisnes yang beranggapan ada keperluan untuk jadi popular dalam kalangan masyarakat dan juga warga internet. Orang bisnes yang menjadi popular datang dengan kos yang sangat mahal.
Kos menjadi orang bisnes yang popular ialah kos persepsi. Apabila menjadi orang bisnes yang popular, ianya memaksa orang bisnes itu sentiasa “win first impression”. Oleh kerana itu orang bisnes yang popular mesti terampil dengan barang yang mahal, kereta yang mewah dan penampilan yang sentiasa hendak memukau.
Akibatnya, walaupun prestasi bisnes dalam keadaan yang teruk orang bisnes yang popular terpaksa untuk kekalkan gaya hidup yang mewah. Jadi, sumber kewangan banyak ditarik keluar untuk mengekalkan gaya hidupnya.
Sebagai orang bisnes, adalah lebih baik sekiranya produk dan servis itu lebih dikenali dan lebih popular. Apabila produk dan servisnya yang popular, nama orang bisnes itu tidak melekat kepada populariti produk dan servis.
Sebagai manusia, orang bisnes tidak mungkin lari dari buat silap. Jadi, apabila berlaku kesilapan, produk dan servis tidak terjejas. Bisnes boleh terus jalan.
Apabila produk dan servis popular kerana pemilik bisnesnya popular apa sahaja berlaku kepada hidup orang bisnes itu akan memberi kesan. Contohnya, pemilik bisnes itu kahwin dua atau berlaku curang kepada pasangannya produk dan servisnya masih boleh berjalan seperti biasa. Ini kerana tiada siapa yang tahu tentang kehidupan pemilik bisnes itu.
Oleh itu sebagai orang bisnes, pilihlah pelaburan mempopularkan produk dan servis. Bukan mempopularkan diri. Banyak buruknya berbanding baiknya.
Hubungi saya →