Kos & Harga · Januari 2024 ← Arkib

Kos Memuaskan Hati Sendiri Dalam Bisnes Kreatif

Kerja yang "belum cukup sempurna" ada harganya, dan harga itu muncul dalam penyata kewangan bulan berikutnya.

Bagi mereka yang terlibat dalam bisnes kreatif, tidak semua kos itu melibatkan wang. Bisnes kreatif ini termasuklah pembuatan kek, masakan, jahitan baju, makeup artist, gubahan bunga atau apa sahaja berkaitan kreatif.

Ada satu kos yang dipanggil 'perfectionist cost'. Kos ini ialah kos yang sangat tersembunyi — kos untuk memuaskan hati diri pemilik bisnes. Kalau dia tidak buat, dia rasa tidak puas.

Tiga contoh

Seorang pembuat kek. Kalau dia tidak hiaskan kek itu, dia rasa kek itu tidak sempurna. Kalau hiasan kek itu siap 30 minit dia rasa kek itu tidak bagus; kek itu mesti siap lebih dari 2 jam baru dia puas hati.

Seorang tukang masak. Kalau bukan dia yang menggaul, yang masukkan garam, gula dan perasa, dia rasa masakan itu tidak sebagus masakannya.

Seorang tukang jahit. Kalau bukan dia yang ukur kain itu, yang letak maniknya, yang lukis, dia rasa hodoh sungguh baju itu.

Apabila berlaku seperti itu, memang duit tidak keluar. Tetapi masa, tenaga dan fokus itulah yang menjadi sandaran kosnya. Jika diikutkan sehari boleh siap 4 kek, namun oleh kerana 'perfectionist cost' hanya 1 kek sahaja siap sehari. Duit tidak keluar, tapi duit juga tidak masuk.

Tiga perkara yang mesti dibuat

1. Cepat-cepat keluar dari operasi bisnes. Apabila sudah ada pekerja, jangan lagi celup kaki dalam operasi. Semak sahaja kerjanya.

2. Senaraikan SOP kerja. Buat SOP untuk setiap kerja yang mereka buat. Tugas kita cuma pastikan SOP itu dilaksanakan.

3. Fokus bisnesnya, bukan operasinya. Yakinlah bahawa kek yang dibuat memang sedap, masakan itu memang enak, jahitan itu memang cantik. Jadi fokus buat duitnya, jangan micromanage bisnes itu.

Hubungi saya