Jenama & Marketing · Januari 2024 ← Arkib

Kos Marketing Dalam Rancangan Kewangan Bisnes

Kos marketing bukan lebihan bajet. Ia perlu duduk dalam rancangan kewangan dari hari pertama.

Pertama sekali bisnes itu mesti faham bahawa semua produk ada lifecycle atau kitaran hidup. Kitaran hidup produk memaksa bisnes untuk mesti belanja kos marketing.

Contohnya, seumur hidup perempuan mereka tidak pernah setia kepada produk kecantikan dan penjagaan kulit. Semasa remaja mereka menggunakan jenama lain. Apabila mereka bekerja mereka akan menggunakan jenama lain. Semasa mereka sudah banyak duit, mereka akan bertukar kepada jenama lain pula.

Semasa merancang bisnes, kos marketing mesti menjadi keutamaan dan mengambil kira aspek ini. Mesti masukkan kos untuk menjaga pelanggan dalam peringkat yang mahu disasarkan.

Berikut adalah senarai kos yang perlu dimasukkan untuk kos marketing dalam rancangan bisnes:

1. Kos Mengkaji Dan Menganalisa Pasaran

Kos ini dikeluarkan terlebih dahulu sebelum sesebuah kempen marketing itu dijalankan. Contohnya seperti mengeluarkan jus buah-buahan. Produknya itu boleh dikeluarkan dahulu untuk tujuan sampel. Apabila sudah diketahui data dan maklumat mereka yang berminat barulah dihasilkan bahan-bahan marketing yang diperlukan. Jika jus buah itu disukai oleh wanita muda, maka bahan marketing akan tertumpu kepada pasaran itu.

1. Kos Menjalankan Kempen Marketing

Kos ini perlu dikeluarkan untuk menjalankan aktiviti marketing. Ini termasuklah kos untuk menjalankan iklan, kos menyediakan bahan iklan, kos upah untuk menjalankan iklan sekiranya melibatkan tenaga kerja dan juga kos untuk membayar medium iklan seperti media sosial, akhbar, stesen televisyen dan juga radio.

1. Kos Menganalisa Kempen Marketing

Apabila sudah selesai menjalankan kempen, mesti masukkan kos menganalisa kempen marketing dalam rancangan kewangan bisnes semasa merancang kos marketing. Ini membolehkan bisnes itu mengkaji kejayaan atau kegagalan sesebuah kempen.

Hubungi saya