Kita Tidak Trading Dengan Allah.
Allah tidak adil kepada ku! Aku sudah buat semua macam dalam Tiktok ustaz. Semua amalan aku sudah buat. Tapi kenapa aku tak dapat macam si A tu. Zikir sudab solat sudah sedekah sudah. Apa lagi yang kurang.
Buat sekian ibadah supaya diberikan sekian rezeki. Mazhab mana yang mengajar macam ini? Inilah yang ramai orang tidak sedar. Mereka sangka bahawa beribadah dengan Allah itu bermaksud trading atau transactional.
Buat ibadah A
Dapat ganjaran dunia A
Buat ibadah B
Dapat ganjaran dunia B
Ini ada hadis saya sertakan;
“Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada mereka yang dicintai-Nya dan juga kepada yang dibenci-Nya. Tetapi Dia tidak memberi nikmat agama ini (Islam dan iman), kecuali hanya pada orang yang Dia cintai.” (Hadis Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak)
Gilakah sudah manusia untuk berkira-kira dengan Tuhannya tentang ibadah? Lebih lagi orang bisnes. Zikir tak putus-putus supaya apa? Supaya diberikan sales.
Jika begitulah kira-kira yang digunakan, fikirkan semula mengapa kita beribadah kepada Allah. Tidak ada istilah magnet rezeki. Kerana apa? Kerana rezeki itu sudah tertulis. Nak tarik apa? Buat ibadah ini semata-mata hanya kerana kita ini hamba Allah.
Rezeki pula datang dalam banyak bentuk.
Kesihatan itu rezeki.
Kedamaian hati itu rezeki.
Keluarga bahagia itu rezeki.
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nahl:18)
Orang bisnes terutamanya, hindarkan perkara ini dalam hati dan fikiran. Kita berusaha sahaja. Usaha itu termasuklah merancang perkara dalam bisnes kita.
Rancang jualannya.
Rancang marketing.
Rancang kewangan.
Rancang operasi.
Buat jualan.
Buat marketing.
Buat kewangan.
Buat operasi.
Semua yang di atas saya sebutkan itulah kerja kita sebagai orang bisnes. Tidak perlu buat ibadah semata-mata mahu dapat sales dan duit. Itu gila!
Lebih lagi orang yang ditimpa musibah dikatanya akibat dosa-dosanya. Contoh seperti dapat staff yang bermasalah. Lalu keluarlah ayat seperti:
"Apalah dosa saya sampai dapat staff seperti ini."
"Entah-entah kerana dosa saya yang lalu saya dapat staff pencuri seperti kamu."
Kita fokus sahaja kerja kita dalam bisnes.
Kita fokus sahaja beribadah kepada Allah, kerana kita hamba-Nya.
Hubungi saya →