Kos & Harga · Januari 2024 ← Arkib

Kilang Lawan Peruncit Lawan Pengguna

Setiap lapisan dalam rantaian ada margin dan risikonya sendiri. Fahami tempat tuan puan berdiri sebelum tetapkan harga.

Situasi Kilang Lawan Peruncit Lawan Pengguna

Dahulu jika belajar tentang bisnes tentu ada yang disebut supply chain atau rantaian bekalan. Rantaian bekalan ini macam mana:

Kilang jual ke gudang

Gudang jual ke pemborong

Pemborong jual ke peruncit

Peruncit jual ke pengguna

Apa yang berlaku sekarang ini ialah:

Kilang boleh jual ke peruncit

Gudang boleh jual ke peruncit

Kilang boleh jual ke pengguna

Gudang boleh jual ke pengguna

Pemborong boleh jual ke pengguna

Pengguna juga boleh jual ke pengguna

Rantaian bekalan yang sudah “disruptive” disebabkan oleh dua perkara iaitu:

1. Kemajuan Teknologi Seperti Pasar Jualan Atas Talian

Kewujudan tempat berjual seperti Shopee, Lazada dan Tiktok menyebabkan rantaian bekalan sudah tidak seperti dahulu lagi. Satu unit sekarang sudah boleh beli dari China. Dahulu perlu beli dalam jumlah yang besar baru boleh sampai ke Malaysia. Sekarang tidak lagi. Tempat jualan sudah berubah tidak hanya di kedai sahaja tetapi di ‘kedai maya’ atau kedai atas talian juga.

2. Kemajuan Teknologi Mesin Pengeluaran

Dahulu kos pengeluaran sangat mahal kerana didorong oleh faktor pengeluaran per unit yang mahal. Contohnya dengan teknologi pada masa dahulu hanya boleh keluarkan 100 unit sehari. Sekarang sudah boleh keluarkan 1000 unit sehari jadi kos pengeluaran per unit sudah murah berbanding dahulu. Kos pekerja dahulu 100 unit bahagi kos pekerja sehari sudah tentu lebih mahal jika dibanding 1000 unit bahagi kos pekerja sehari.

3. Keterdesakan Pasaran

Sekarang jika kedai A tidak mahu jual, ada 100 mungkin 1000 kedai yang sanggup jual pada harga yang lebih murah. Jadi mereka terpaksa untuk jual cepat. Apabila ada sahaja produk yang laku, cepat-cepat mereka jual sementara masih dalam ‘trend’. Pasaran hari ini mendesak kepada ‘fast market’ bukan lagi ‘big market’. Fast market bermaksud pasaran yang laju iaitu pasaran yang mengikut arus. Dahulu big market mainkan peranan penting iaitu lebih besar pasaran dapat dikuasai lebih bagus. Sekarang ialah permainan cepat lawan besar. Besar tidak penting lagi, yang penting cepat.

Sebelum ini untuk sampai ke pengilang sangat susah. Kalau sampai di kilang, kuantiti minima juga sangat tinggi. Sekarang ada kilang yang layan juga jualan 1 unit.

Jadinya, peruncit nak untung berapa? Pemborong nak untung berapa? Itulah yang menyebabkan kita berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi. Duit tidak berpusing dalam “chain” yang sepatutnya.

Oleh itu, untuk peniaga kecil dan sederhana apa yang perlu dibuat?

1. Jangan berlawan harga

2. Cari nilai tambah mengapa orang mesti membeli dengan kita

3. Belajar simpan duit, supaya kita tidak “desperate”

Jika senjata kita cuma harga untuk berperang. Pasti kita kalah. Simon sinek sebut, “kita mesti tahu mengapa orang membeli dengan kita. Dan sebab itu pastinya bukan harga.”

Datanglah apa teknologi sekalipun, kita pasti boleh atasi jika kita tahu kenapa orang membeli dengan kita.

Hubungi saya