Kenapa ramai staff tidak boleh capai KPI?
Apakah definisi KPI - Key Performace Index bagi syarikat atau bisnes kecil. Lebih penting penetapan KPI adalah berdasarkan sesuatu yang boleh dikawal. Ramai buat silap dengan meletakkan KPI itu sebagai hasil.
Sebab KPI yang diletak itu adalah hasil. KPI itu, PI untuk index prestasi. Index bermaksud list tugasan mereka. Bukan hasil dari tugasan mereka.
Kalau hasil tidak dicapai, yang diubah ialah indexnya. Bukan diubah atau ditukar orangnya.
Dalam proses buat bajet kewangan, kita tetapkan “projected outcome” bersama “hypothesis”. Contoh:
1. Projected outcome - Jualan Rm1,000
2. Hipotesis - Kalau buat live tiktok 2 jam boleh capai Rm1,000
3. Hasil = Actual outcome
Jadi semasa proses analisa bajet, kita tidak bincang hasil. Kita bincang indexnya iaitu;
1. Apakah kerja yang dibuat sebelum, semasa dan selepas live?
2. Apakah SOP yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas buat live?
3. Bagaimana infrastuktur untuk buat live selama 2 jam itu?
3 perkara ini, itulah yang kita bincangkan sebelum laksanakan bajet. SEBELUM
Bukan bincang hasil. Perbincangan hasil itu adalah post-morterm. Ini selepas.
Proses buat bajet memang aktiviti pre-morterm.
Sampai bila-bila hasil tidak boleh dicapai jika KPI itu adalah hasil. Kita akan label mereka yang tidak capai hasil sebagai mereka yang tidak capai KPI.
Kepada mereka yang mahu kembangkan bisnes, selesaikan tentang isu KPI ini dahulu.
Hubungi saya →