Modal & Tunai · Ogos 2026 ← Arkib

Kenapa Duit Tunai Penting Dalam Bisnes? 3 Strategi Cashflow Untuk Bisnes Baru

Bisnes bukan hidup kerana kedai cantik, produk sedap atau followers ramai. Bisnes hidup kerana ada duit tunai. Ini 3 keputusan mudah yang boleh membantu bisnes jaga cashflow, bina kepercayaan pembekal dan bertahan lebih lama.

1. Apabila kita baru terjun dalam dunia bisnes, kita mesti buat keputusan yang mengutamakan duit tunai. Rancangan dan strategi kita mesti mengutamakan duit tunai supaya bisnes kita boleh hidup lama.

2. Duit tunailah yang menjadikan bisnes kita boleh hidup lama, bukan sedapnya makanan kita, bukan cekapnya kita buat servis, bukan cantiknya kedai kita dan bukan ramainya followers kita.

3. Ini 3 contoh keputusan dan strategi kita yang utamakan duit tunai:

i. Pilih kedai yang bayar tunai walaupun murah sedikit

Kita keluarkan kerepek ubi, kita pilih kedai yang sanggup beli harga tunai walaupun kita jual murah sikit. Contohnya ada kedai nak beli kerepek kita RM2.50, tapi dia nak hutang dulu. Ada kedai pula nak beli kerepek kita RM2.00, dan dia bayar tunai. Asalkan kita untung, kita pilih kedai yang bayar tunai.

ii. Kita jangan banyak guna duit untuk ubah suai kedai

Duit tunai yang kita ada, jangan terlalu banyak digunakan untuk ubah suai kedai. Ubah suainya itu pula jangan gunakan perabot yang kekal dan tidak boleh dipindah. Gunakan duit tunai untuk marketing supaya orang tahu kedai kita. Kedai cantik tapi orang tak tahu kewujudan kita pun tidak ada guna. Walaupun kedainya biasa sahaja, tapi ramai orang tahu lokasi kedai kita itu lebih baik.

iii. Masa awal bisnes, utamakan transaksi tunai dengan pembekal.

Ini skill yang ramai orang tidak tahu. Masa awal bisnes, kita mesti cepat-cepat kenalkan diri kita dengan pembekal. Pembekal mesti tahu kita ada duit baru mereka percaya. Caranya, asal beli barang kita bayar tunai. Kita nak mereka cepat percaya kepada kita supaya nanti bila mereka sudah mula percaya mereka berani beri hutang kepada kita. Mula-mula 7 hari, naik jadi 21 hari, kemudian naik jadi 30 hari. Dengan cara itu, bisnes kita cepat besar sebab pembekal percaya nak buat bisnes dengan kita. Kita tak perlu popular dengan semua orang, kita popular dalam kalangan pembekal pun sudah bagus.

4. Duit tunai ini sangat penting tuan puan. Kita mesti pandai gunakan duit tunai kalau nak bisnes bertahan lama. Gaji pekerja bayar tepat masa, perlu duit tunai. Pekerja pun suka. Pekerja hantar claim lepas mereka guna duit mereka dulu beli barang, kita cepat-cepat bayar. Lain kali mereka tak takut guna duit mereka dulu nak beli barang.

Hubungi saya