Mindset & Strategi · Ogos 2026 ← Arkib

Jangan Sampai Jimat RM100, Bisnes Rugi RM1,000

Dalam bisnes, murah tidak semestinya lebih menjimatkan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengurangkan kos sehingga tidak sedar kita sedang membazir masa, menurunkan kualiti kerja dan melepaskan peluang untuk membuat lebih banyak untung.

Dalam bisnes kita hendak untung, bukan jimat

Dalam satu buku yang ditulis oleh Dr Spencer Johnson, dia mengatakan bahawa salah satu mentaliti orang miskin ialah mereka sering cuba untuk jimat $1. Mereka sanggup mengambil masa yang lebih panjang hanya semata-mata untuk berjimat.

Dalam bisnes, ideologinya juga sama. Kita hendak buat untung bukan hendak berjimat. Kita bayar orang yang pandai untuk menjalankan kerja supaya kita boleh untung. Kerja yang dibuat oleh orang pandai cekap dan kurang kesilapan. Masa yang diambil oleh orang pandai lebih singkat kerana mereka sudah pakar. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina, begitulah perumpamaan orang pandai. Kita orang bisnes, bukan hendak berjimat dengan cara ambil orang yang tidak pakar dan tidak pandai. Walaupun upah atau gajinya murah, tetapi kerjanya tidak cekap dan mengambil masa yang lebih lama.

Sama juga dengan mengapa kita sanggup mengambil lot parking valet. Masa yang kita ada untuk mencari tempat parking itu boleh digunakan dengan lebih baik kerana jika kita bandingkan masa kita mencari ruang kosong dengan wang, wang itu boleh dicari tetapi masa kita yang hilang tidak boleh diganti. Apabila kita faham perspektif masa itu adalah perkara yang berharga kita tidak dapat bandingkan dengan wang ringgit.

Pekerja yang cekap, pandai dan pakar ini dibayar kerana masa mereka menyelesaikan kerja yang diberikan. Contohnya, mekanik kereta. Pada zaman sebelum sistem komputer dalam kereta mekanik perlu melihat, mendengar dan menguji kereta itu untuk melihat masalah dan cara untuk selesaikan. Mekanik kereta yang punya pengalaman dan kepakaran mereka cepat tangkap apa masalah kereta tersebut berbanding mereka yang tidak ada pengalaman. Sebab itu ada mekanik dibayar mahal dan ada mekanik yang dibayar murah.

Sama juga dengan belanja pemasaran. Ramai orang nak jimat bila soal belanja pemasaran. Nak cari penyedia servis yang murah, nak cari platform yang lebih murah, nak cari cara bagaimana kos pemasaran ini kalau boleh hampir sifar. Jadi, tuan puan mesti faham apabila kita buat bisnes, kita hendak buat untung bukan hendak berjimat.

Hubungi saya