Isu Kewangan Dalam Bisnes Suami Isteri
Ini adalah isu yang boleh dikatakan paling hangat sekali apabila saya terlibat secara langsung dalam sesebuah syarikat dan bisnes itu. Sebelum terlupa tag dulu pasangan masing-masing di ruang komen, sebab ini isu besar. Jangan terkejut, perkara seperti ini sampai ke tahap ingin bercerai dengan pasangan.
Ini adalah 3 kesilapan paling besar yang mereka lakukan:
1. Dominan hanya pada bisnes, bukan dibawa sampai ke rumah.
- Apabila kita buat bisnes dan kita merupakan seorang ketua dalam bisnes itu, kita hadkan kuasa kita dalam bisnes itu sahaja. Jangan sampai bawa ke rumah.
2. Jangan main tarik talik dalam memberi kuasa.
- Kita sudah beri kepercayaan kepada suami untuk mengendalikan kewangan bisnes. Beri dia kepercayaan untuk kendalikan hal-hal tersebut. Tidak perlu untuk nak masuk campur hal yang kita sudah beri kepercayaan.
Sama seperti apabila suami sudah beri kepercayaan kepada isteri untuk uruskan hal kewangan, kita janganlah ganggu rancangannya. Puan isteri sudah rancang, hujung bulan nak simpan berapa banyak, kita pergi ganggu pula rancangannya.
3. Menyangka pasangan bodoh.
- Ini kes paling banyak berlaku dalam bisnes. Pasangan kita bukan orang bodoh, kita cuma tidak percaya dia boleh buat keputusan dan tindakan itu.
Jika sekalipun dia buat kesilapan atas keputusan dan tindakannya itu, kita biarkan sahaja dia membetulkan situasi itu. Kita juga bukan terus pandai.
Kalau puan isteri ketua dalam bisnes, sampai rumah tanggal kasut masuk sahaja pintu rumah tukar peranan sebagai isteri. Jangan pula terbawa-bawa sampai ke rumah.
Sama juga tuan suami kalau ketua dalam bisnes, memang betul kita tidak akan berbincang untuk buat keputusan sebab bisnes bukan demokrasi nak bincang dan nak undi. Tapi sampai di rumah, jika ada hal berkaitan rumah atau keluarga itu perkara yang perlu dibincang. Maka bincanglah.
Ini adalah hal yang sangat mustahak. Tag pasangan masing-masing sebagai ingatan bersama.
Hubungi saya →