Ini 3 Punca Orang Bisnes Susah Beli Rumah
Pendapatan bisnes ada, tetapi rekod dan dokumen tidak menyokong — inilah tiga punca permohonan rumah tersekat.
Baru-baru ini saya ada berbual dengan ejen hartanah tentang pembelian rumah oleh orang bisnes. Dia memberitahu bahawa orang bisnes suka kelam kabut beli rumah.
Ada satu kes yang terjadi baru-baru ini: client beliau memberitahu bahawa rumah nak kena lelong. Inilah akibat kelam kabut beli rumah dan terikut-ikut orang lain.
Tiga isu utama
1. Bisnes buat, tapi tidak ada lesen.
2. Tidak ada deposit dan simpanan.
3. Bank statement yang hancur.
Singkatnya, mereka kurang persediaan kerana mereka tidak tahu perkara yang hendak disediakan.
Tiga persediaan sebelum beli rumah
1. Simpan duit untuk deposit.
2. Bank in duit sales.
3. Buat cukai dari awal.
Paling penting, jangan kelam kabut nak beli rumah. Jika belum mampu, jangan paksa dan jangan terlalu ikut-ikut orang.
Hubungi saya →