Cukai · Januari 2024 ← Arkib

Gaji Pemilik Bisnes Tidak Boleh Tolak Cukai

Gaji pemilik enterprise tidak boleh ditolak sebagai perbelanjaan cukai. Ini sebab dan implikasinya.

Apabila pemilik bisnes sudah melaporkan pendapatan kepada LHDN, salah satu pendapatan yang mesti dilaporkan bersama ialah gaji yang diambil oleh pemilik bisnes itu daripada bisnes.

Dalam penyata untung rugi, perbelanjaan gaji pemilik boleh dikira sebagai perbelanjaan bisnes. Tetapi dalam pengiraan cukai, belanja ini termasuk dalam belanja yang tidak dibenarkan. Jadi mereka yang anggap bahawa gaji pemilik itu sebagai kos bisnes, itu betul. Cuma gaji pemilik bisnes itu mestilah dimasukkan semula sebagai pendapatan.

Apa jadi pula untuk pemilik bisnes yang cuma letakkan gaji sebagai kos namun tidak dapat ambil gaji tersebut? Maknanya gaji itu belum diambil, bisnes masih berhutang. Tetap juga dikira sebagai pendapatan dan perlu dilaporkan.

Supaya senang hendak laporkan cukai nanti, sediakan slip gaji untuk pemilik bisnes. Nanti apabila mahu laporkan cukai, buat pengiraan ikut slip gaji itu. Semasa laporkan pendapatan, masukkan semula gaji itu dalam pengiraan cukai. Akibat tidak masukkan gaji boleh dikenakan penalti. Katakanlah nilai gaji itu RM24,000 dan cukai yang tidak dikira ialah RM1,000 penaltinya nanti RM1,000 juga.

Hubungi saya