Mindset & Strategi · Januari 2024 ← Arkib

Cara Menghentikan Serabut Dalam Bisnes

Serabut dalam bisnes bukan kerana kerja terlalu banyak, tetapi kerana keputusan tidak pernah dibuat sampai habis.

Bisnes serabut bermaksud situasi di mana bisnes dalam keadaan sakit. Apabila bisnes sakit, jangan ambil pinjaman. Bank tidak akan bantu bisnes yang sakit. Bank hanya bagi pinjaman untuk bisnes yang boleh buat duit.

1. Stop bleeding atau hentikan pendarahan

Selalunya bleeding berpunca dari overspending atau lebihan belanja dari pemilik. Duit bisnes dibawa keluar untuk menampung belanja pemilik. Jadi untuk hentikan pendarahan, buang yang ini dulu. Ada 3 kereta, buang 1 atau 2 kereta. Ada 2 rumah, buang 1 rumah dulu. Selalu makan di luar, masak di rumah dulu. Selalu melancong, tahan dulu.

2. Struktur semula aliran pendapatan

Utamakan proses bawa masuk duit yang cepat, bukan duit besar. Duit cepat boleh jadi duit kecil, boleh jadi duit besar. Modal keluar pagi masuk petang. Untuk revenue yang lambat masuk duitnya, buang dahulu — lagi-lagi revenue hutang. Jangan bagi hutang.

3. Rancang bajet kewangan

Rancang jualan dan kos. Periksa kos terkini dan margin untung barang atau servis. Jangan buat kalau tiada rancangan. Jangan buat produk atau servis baru — nanti kos akan meningkat. Fokus pada produk sedia ada.

Hubungi saya